Skip to main content

Nak Mengadu Nasib Kat Korang Ni... Huhuu...

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini...

[Bersama tangisan yang mengeluarkan belon ikut hidung.. woott... woott...]

Kenapa saya perlukan henfon baru?

1. Sebab henfon Z610i yang saya pakai selama 4 tahun ni dah makin nak bersepai. Key pada keypadnya dah 4 tertanggal. Nak tekan pun bukan main susah lagi.. Sampai terkeluar bijik mata saya baru le dapat tekan. Adehh....




2. Built-in memory yang sungguh kecik. Susah betul nak simpan sms-sms dan MMS-MMS percintaan saya. Asyik hang je kalo inbox penuh. Nak simpan MP3 banyak-banyak pun terkancat. Susah la saya nak hypnosis diri sendiri dengan mendengar rakaman arahan relaksasi dah. Nak rakam video budak kerinting pun selalu je tak muat. Simpan gambar banyak-banyak pun tak boleh.. Haihh... Spooky bombasti betul!

3. Saya perlukan navigator GPS. Sekarang ni rasa menyampah bile orang ajak pegi mana-mana, [merujuk kepada tempat-tempat yang pelik] saya mesti rasa mcm nak menangis sebab saya tak tau direction nak pegi situ. Kenduri kahwin kawan saya ke, umah kawan-kawan saya ke, nak hantar anak buah ke rumah sewa dia ke, main badminton kat mana-mana stadium badminton atau pun nak pergi kursus. Itu pun hanya di sekitar KL atau Selangor. Belum kira ke Labis. Huuu... Pengsan le saya tak tau. Jadi, kalau saya ada tepon yang disertakan dengan navigator... kan lebih bergaya perjalanan saya.

4. Saya suka amik gambar.. Tapi kalau setakat henfon 2.0 mega pixels yg saya ader kat henfon tu, baik le saya lukih je gmbr tu. Lebih kurang je kualitinya.. Hahaha.. Padahal lukih burung kang nampak macam ikan salmon. [Jadi, kalo nak lukih ikan salmon, terpaksa le saya buat-buat nak lukih burung ye dok?]. Kalo dapat henfon yang ada camera 8.1 mega pixels pun dah kira afdal dah tu. Erm.. Kalo Sony Ericsson Satio tu... 12.1 Mega Pixels... Giler la besar. Rupa dia mcm lori kontena sangat. Saya ni dah la rimas nak bawak henfon besar-besar. Sebab pemalas. Hahaha.

5. Sebab saya dah bosan dengan henfon saya ni. Dah habis semua function saya dah master. So, kalo tengah boring, tunggu orang ke.. dok saje-saje takde keja ke... dah takde apa dah pada henfon tu yang boleh saya browse. Games pun semua saya dah champion. Jadi, saya perlukan henfon yang baru untuk saya gunakan sewaktu saya boring giler, atau tgh cover line nak pura-pura bz dgn henfon konon-konon macam ader byk sms masuk... padahal, main games. Ceh!

Dan sebenarnya... henfon yang menjadi pojaan saya sekarang hanya henfon biasa je. Takde la hebat manapun kalo nak dibandingkan dengan iPhone atau BlackBerry Stormpom. Tapi sesuai le dgn tahap pemikiran saya yang simple dan elegant ni.. Ngeh...ngeh... Iaitu.... Sony Ericsson W995... Sahaja... Saya tak harap yang lebih hebat pon. Henfon ni dah cukup utk menampung keperluan-keperluan saya....






Cuma sebab dia ni jenis slide, saya agak kurang suka. Tapi masih bleh diterima. And no more tepon kaler merah... Kali ni nak beli hitam plak. Harga? Masih 1k and above. Huhu... Mahal. Tak mampu tapinya..... Jadi, terpaksa le telan air liur dan memandang gambarnya sahaja yer... Tunggu dah kaya skit baru beli. InsyaAllah tahun depan. Untuk sementara waktu... terpaksalah saya bertahan dgn Z610i ku itu... Huhu...



OK...Keja! Keja! Sudah2 le berangan!

Comments

  1. pakai ler n8 atau vivaz, ada bran...
    touch screen ler pesyen handphone skang nih, iphone mahal melampau...

    i pon pakai 5800 ja...

    ReplyDelete
  2. N8 is Nokia right? Well, Nokia, i dah rejected awal2. Hehehe... Vivaz plak cameranya cuma 5.0megapixels. Tapi thanks for the suggestion. Really appreciate it. :)

    ReplyDelete
  3. Tapi Sony Ericsson Z610i tu tahan lasak juga la... Dah jatuh bersepai banyak kali plak tu, atau simen ke, atas lantai ke, mmg masih bleh pakai.

    ReplyDelete
  4. kena sony ericcson jgk ker? henpon macam aku pun dah murah lid. gunalah nokia. aper pun free donlod...bersepah2...ekekekek....GPS penting ok.. ko tak sedih ke tinggalkan pinky ko tu

    ReplyDelete
  5. member aku pakai Z610i gak gigih sayang giler sampai sanggup tampal selotep :p

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w

Panggilan Manja Geli-geli Sewaktu Bercinta

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Pernah bercinta kan? Bleh tanya skit? Kamu panggil pasangan kamu dengan panggilan apa? Nama dia? Atau nick name mcm 'Bunny', 'Cutie', atau 'si comel' atau 'handsome'? Hehehe... Best kan bercinta ni. Sebab boleh tergedik-gedik dan ada orang layan. [Owhh..miang nya statement ku ini....] Ada banyak panggilan-panggilan manja untuk pasangan-pasangan bercinta. Dan semuanya terpulang la kepada tahap gedik dan miang masing-masing kan? Ok, meh la baca apa benda yang aku merepek tentang panggilan-panggilan manja ni; 1. Sayang - Panggilan yang paling tipikal dan paling banyak orang guna utk panggil pasangan mereka. Kadang2 kalo orang melatah pun, panggil kita sayang gak kalo kita dah buat dia terkejut. Kehkeh... Tapi best je kalo org panggil kita sayang. Rasa mcm lembut dan disayangi... Tahap gedik : 80% 2. Ayang - Ni lebih kurang mcm panggilan 'sayang' gak, cuma dlm versi pelat dan lebih manja lagi. Saya