Iklan! Iklan! Sila Click!

24 November 2010

Gubahan Hantaran Bertunang




Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini....

Ok... Fine. Nak cerita pasal tunang lagi. Hahahah... Nampaknya cerita tentang bertunang ni hanya akan habis, bila saya kawen nanti je. Sbb lepas kawen, akan citer pasal kawen plak. :p.

Majlis pertunangan saya ari tu, bleh dikatakan mcm 'all of sudden' juga. Sbb mula-mula plan nak merisik je. Pastu ntah mcmn ader minah gedik sorang tu [aku la tu kot, hahaha] nak buat majlis bertunang terus. Err... Dalam masa 2 minggu je dari tarikh bertunang yg saya ada untuk buat preparation. Tapi oleh sebab saya ni seorang yang 'cool' menurut kata Mr Storm [suka beli jiwa saya], so saya relax je walaupun masa dah suntuk. Ok.. Saya tipu. Saya tak relax langsung. Rasa mcm menggelupur gak sebenarnya. Tanya OrgKgBaru, tanya JekJan pasal mcm2. Hantaran le, baju ler. Nak pinjam baju bertunang OrgKgBaru dah tentu la tak muat kan.. Memandangkan saya ni dari baka yg lebih besar dr beliau. Pasal hantaran saya mmg betul2 takde experience sbb dalam family saya pun, yang terakhir kawen ialah abg saya iaitu 10 thn dulu. Masa tu saya skolah lagi dan mmg tak amik port hal-hal ni semua. Nasib baik le ader OrgKgBaru. Dia la yang bgtau kat mana nak beli barang-barang utk gubah hantaran, barang apa yg perlu dibeli, then nak buat mcmn semua...

Jadi, sesiapa yang last minute mcm saya jgk... kalo blur, atau takde idea, bleh la rujuk kalo membantu. Saya kongsikan cara-cara utk menggubah hantaran [yang simple je], kalau kamu terpaksa buat sendiri.

Ok... Mula-mula sekali... Kamu perlu dok diam-diam... tenang-tenangkan fikiran... Kemudian kamu perlu... :

1) Tahu berapa jumlah dulang hantaran yang ingin diberikan kepada pasangan kamu. Ikut adat Melayu, pihak perempuan perlu memberi 2 dulang lebih daripada pihak lelaki dan mesti di dalam no ganjil. Contohnya jika lelaki beri 29 dulang, pihak pompuan balas 31. [Giler vavi banyak nak mampus. Heheh]. Takder la.. biasanya standard 7 balas 9. Masa saya hari tu, 5 balas 7. Last minute la katakan.

2) Lepas dah tau berapa dulang, kamu perlu fikir plak nak bagi apa... Terus je set siap-siap apa yg kamu nak bagi kat dia. Supaya kamu senang nak beli barang-barang gubahan. Biasanya utk bertunang, org bagi makanan-makanan, coklat, buah, kek, kuih2, sirih [sama ada tepak sirih atau sirih junjung - bergantung kepada negeri]. Terpulang la nak bagi barang mahal ke murah. Oleh sebab majlis bertunang saya ari tu dah last minute, saya hanya bagi tunang saya brg2 yang biasa-biasa je. Takde pon jam tangan Tag Heuer atau wallet Braun Buffel. Saya hanya bagi towel, kain pelikat lalalala, sejadah, coklat, kek, buah dan sirih junjung [yg tak lawa langsung hahaha.].

3) Beli bahan-bahan untuk buat gubahan.

Barang-barang yang wajib ada ialah ; a] Gunting, b] Jarum peniti [perlu banyak], c] Glue-gun [ala, gam yg mcm pistol mainan tu, harga RM12 dan refill dalam RM7], d] Pita pelekat [Seletip].



Sebenarnya mengikut teori saya... untuk buat gubahan hantaran ni senang je. Asalkan tahu basicnya. [Gubahan yg saya nak tunjukkan ini adalah yang biasa punyer dan simple je yer. Kalau nak grand2, sila tempah mak andam artis utk gubahkan].

Mula-mula, kamu perlu tahu... Hantaran ni, apa-apa pun, mesti kita nak kena letak barang yang kita nak bagi tu, di atas sesuatu sebelum digubah kan? Jadi, biasanya orang akan alas dengan polistrene atau dlm bahse Melayunya = gabus... Gabus ada banyak bentuk. Ada bentuk bulat, 4 segi atau bentuk love. Dan ader saiz besar, ada saiz kecik skit. Dan ada yang tebal, ada juga yang nipis skit. Yang saya pilih ni, gabus 4 segi yang nipis.

Harganya RM 1.00 sekeping. Biasanya buah org akan letak dlm bakul. Jadi, drpd 7 dulang... tolak buah, kena beli 6.

Oleh sebab gabus ni togel je. Putih gitu je, pastu nampak bulat-bulat teksturnya, maka kita perlula balut skit ye dak? Takkan nak biar je putih kosong gitu. Jadi, silalah beli pembalut. Kertas. Atau kain. Nak kertas yg warna apa, corak mcmn, terpulang. Ikut tema masing-masing. Katakan saya pilih silver. Utk pembalut ni, biasanya utk 6 keping polistrene... Cukup dgn 2 gulung je kertas tu. Tapi kalo tak yakin, takut terkoyak ke, tak pandai bajet kertas ke, bleh le beli 3 gulung. Kertas ni segulung RM4.20.



Lepas tu, balut le gabus tu dgn kertas silver tadi. Nak lekatkan tu guna pita pelekat. Jgn guna glu-gun. Kang berlubang plak gabus tu.



Tapi walaupun dah balut dgn kertas warna, masih lagi nampak togel kan? Jadi, balut la keliling gabus tu dgn reben. Reben ader mcm-mcm jenis, mcm2 pattern, warna. Sila cari kat kedai barangan gubahan. Kalo nak lagi nampak bersungguh-sungguh skit [bior nnt org akan tau... "pergh.. minah ni memang sungguh2 nak bertunang". Hahaha], boleh hias lagi dgn kain. Kalau tak silap, nama kain tu organza. Atau bleh try kain net. Atau chiffon. Saya pilih organza. Semeter harganya RM 6.00. Bleh beli 2 meter utk 6 keping polistrene. Tu pon ada lebih lagi.


Caranya, potong kain organza tu, 2 inci lebih besar dari saiz gabus. [Lebihkan 2 inci di ke-empat-empat sisi segiempat itu]. Dan lekatkan menggunakan glue-gun. Nanti efeknya akan nampak berombak macam ini....




Kemudian, belilah bakul-bakul kecil, bunga ikut selera masing-masing, then susun dan lekatkan ikut suka-suka hati you all aje. Contoh yang saya buat...



Ini untuk letak coklat. Kalau nak letak potpouri yang tak berfaedah tu pon bleh. Nak letak bunga rampai pun boleh juga.


Dah siap 1 gubahan kan?

Ni Gubahan Kain Pelikat

22 November 2010

What A Jodoh-jodoh? Part 1

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini....

Tentang jodoh ni susah nak cerita. Kronologi jodoh bagi setiap insan kat dunia ni, berbeza. Ada org yg jodohnya cepat, ada yang lambat dan ada juga yang tak sampai-sampai sehingga dia menghembuskan nafas yang terakhir. Ada yang melalui jalan yang sukar utk bertemu jodoh tapi ada juga yang senang je. Bila? Kenapa? Dan bagaimana? Semuanya adalah persoalan tentang jodoh yang bukan di dalam bidang kuasa kita utk menjawabnya.

Tak dinafikan, orang yang semakin meningkat usianya, akan risau kalau jodohnya belum muncul. Terutamanya kaum wanita. "Org-org pompuan ni, bila masuk je umor 25 thn, dah mula la panas punggung kalo masih belum berpunya". Itu la diantara kata-kata Mr Storm yang saya ingat semasa pertama kali saya bertemu dgn beliau di gerai nasi lemak Perindu. Waktu itu, fikiran saya sangat tidak keruan kerana baru putus cinta dgn seseorang[not really 'cinta' la actually]. Tetapi saya bersetuju dengan kata-kata itu, kerana saya pon sama. Heheh. Mana tak menggelabah joe, kalo 95% daripada jumlah kawan yang kamu ada, semuanya sudah berkeluarga dan ada anak berduyyun tibaa... Tapi, kita sorang je yg belum berpunya. It feels like a loser. Rasa seperti 'left behind'. Seolah-olah, semua orang sudah sampai ke tingkat 28, tapi saya masih di tingkat 2. Huuu.... Down nya. Nak-nak bila semua org bercerita tentang anak-anak dan suami masing-masing. Waktu tu, kita tak ada point nak menyampuk. Maka, hanya mendengar, atau slow-slow je blah dari situ. Tapi ada juga org yang tak kisah dengan semua situasi tu. Mungkin sbb minda dia kuat kot. Tapi takper. Lain org, lain la karektornya kan?

Bagi pendapat personal saya pula... Jodoh ni saya anggapkan seperti satu barang yang dihantar melalui delivery service. Jodoh ini dihantar daripada Allah kepada hamba-hambaNya, melalui 'delivery serviceNya yang berlainan bagi setiap individu. Ada yang sampai cepat. Mungkin jodoh tu dihantar melalui jalan paling dekat dan jalan pintas. Maka jumpalah dia dgn jodohnya lebih awal daripada org lain. Dan ada yang sampai lambat sbb dihantar melalui jalan jauh, melintas sungai, mendaki gunung, menyeberangi 7 lautan, merentasi 5 benua.... Baru le sampai jodoh tu kepada destinasinya. Maksudnya kat sini... Semua orang sudah ditentukan ada jodoh... Cuma cepat atau lambat. Yang cepat tu, maksudnya jodoh dia pilih jalan dekat atau jalan pintas utk sampai kepadanya dan siapa lambat bertemu jodoh pula bermaksud jodoh dia pilih jalan jauh untuk sampai kepadanya.

Mr Storm adalah ex-schoolmate saya dulu. Dan beliau juga berasal dari kampung yang sama dengan saya. Jarak umah saya dgn umah beliau hanya 8 minit kalo naik keta. Kalo merempit naik moto, 5 minit je. Umah arwah nenet beliau lagi dekat dgn umah saya. Jalan kaki 8 minit pun bleh sampai. Masa darjah 1, beliau sama sekolah rendah dgn saya sebelum beliau bertukar ke skolah lain yang 'banyak badak'. Naik skolah menengah pun, kami sama-sama bersekolah tingkatan 1 di Sekolah Menengah Sg Lembing [sama kelas plak tu], sebelum kami sama-sama bertukar ke sekolah berasrama iaitu Sekolah Menengah Abdul Rahman Talib, Kuantan. Tapi selama itu, saya dan beliau tidak pernah berkenalan dan menjadi kawan. Bayangkan ler... Beliau amik masa sehingga umor kami 30thn untuk beliau sampai kepada saya. Ini bermakna, beliau dah pilih jalan yang jauh untuk datang kepada saya... Eeii... Geramnyerrr dgn beliau tu. Nnt biler dah kawen, saya nak jentik punggung beliau, sbb beliau lambat sgt. Heheheh... Galok.

To be continued.......


21 November 2010

Cuma Tak Faham

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini...

Yang saya tak faham tentang majlis perkahwinan.......

1. Lagu - Kalo ada live band kat majlis tu, lagu 'Bosanova' memang tak-penah-tak-ada. Mesti ada punyer. Tak kira ler kat KL ke, kat Kuantan ke. Balik-balik lagu tu. Balik-balik lagu tu. Serius saya rasa nak muntah dgr lagu tu. Nyanyi le lagu2 yg up to date sket. Lagu Yuna ke. Lagu Tilu ke. Mcmn le industri music tempatan nak maju?? *Chey... macam le aku ni menyokong sgt industri muzik tanahair. Padahal selama ni donlod kat internet je semua lagu.

2. Hantaran - Tak faham kenapa mesti nak kena bagi daun sirih masa bertunang atau kahwin. Ye saya tau itu adalah adat.... Maksud saya, saya tak faham, kenapa org yg mencipta adat tu memilih daun sirih, instead of daun2 lain yg ada kat atas muka bumi ni? Bak kata Mr Storm, kenapa tak bagi daun pucuk ubi ke, daun sawi ke. Daun-daun tu bleh dimakan gak apa.... Kot2 zaman dulu, daun sirih tu adalah daun yg termahal dan menjadi jajan yg paling sedap, tak tau la kan? Saya persoalkan perkara ni bukan sebab apa.... Tapi sebab lepas dpt sirih tu, dah tak tau nak buat apa dgn daun-daun tu. Sape je yg makan sirih skrg ni? Bukankah last skali buang je? Sian plak kat daun2 tu. Kalo mereka terus tinggal di pokoknya kemudian layu dan gugur sendiri pon lebih baik drpd kita petik, then bazir-bazirkan kemudian buang. Eii... Benci! Masa saya gubah sirih junjung utk hantaran bertunang saya ari tu... mmg perasaan saya agak kurang happy. Sbb saya mcm sedih nak sia-siakan daun sirih tu. Jadi, sbb tu la sirih junjung yg saya buat tu tak lawa pun. Hahahah.. *Ayat cover sbb tak reti gubah sirih.

3. Salam - Pegi umah org kawen, bila bersalam dgn tuan rumah.... kena bagi duit. Kalo tak bagi, kita akan rasa bersalah sorang2. Seolah2 macam gi makan kat kedai gak.... Lepas makan, kena bayar. Memang ler pemberian tu mengikut keikhlasan... Tak dinafikan. Cuma perasaan 'bersalah dan segan' kalo kita tak beri apa2 tu yg saya rasa tak berapa best. Tapi nak buat canner kan? Majlis kawen saya nnt, mesti akan begitu juga. Sbb dah jadi adat, mmg org buat mcm tu. Cuma pesan saya kat kawan2 yg akan hadir ke majlis perkahwinan saya nnt, tak perlu rasa bersalah kalo tak hulur duit, atau tak bwk hadiah utk saya. Serius, saya tak kisah. Kehadiran kamu semua dah saya anggap sbg hadiah yg paling bermakna utk saya. Itu pon dah memadai. Yela.. Ada tetamu yg dtg dari jauh. Kos perjalanan lagi. Makan masa yg lama lagi. Pastu kena bagi duit lagi, hadiah lagi kat pengantin. Bukankah jadi beban? So, saya hanya harapkan kedatangan kamu semua je. Utk meraikan saya. Hehehe..

Tu je la kot. Mesti la ader lagi dlm fikiran saya. Tapi yg lain2 tu biarlah saya pendam je. Sbb terlampau taboo... Nnt marah plak org kalo baca. Kekeke.
Dah le dah lama tak tulis blog... Bila tulis entry baru, citer pasal kawen plak. Mau tak boring? Hahaha... Nasib la kan? Sbb nak citer pasal anak... takde anak lagi. So, citer le pasal apa yg saya sedang lalui.

10 November 2010

Homemade Chocolate?


Sejahteralah ke atas kamu yang membawa blog ini....

Trend sekarang ni, adalah 'homemade chocolate'. Saya terfikir... Betul ke coklat tu adalah hasil yg dibuat sendiri di rumah? Betul2 homemade ke? Atau lebih sesuai dipanggil home-processed? Sbb kalo macam homemade muffin la contohnya... Mesti la... kita beli bahan-bahan mentah.. Tepung, gula, butter, bla, bla, bla... kita sukat... ayak tepung, campur semua, adun dan bakar kemudian... tadaaaa.... jadilah muffin. Yang dibuat di rumah. Kalau beli instant flour utk buat muffin, dah takleh la nak kata homemade. Dah jadi homebaked.

Tapi homemade coklat tu... mmg dibuat dari peringkat asas ke? Guna serbuk koko... masukkan gula berapa banyak, susu, butter, perisa? Atau... hanya cairkan coklat chips yg dibeli di kedai, kemudian masukkan dalam acuan yg berbagai bentuk?

Hahahaha... Itu pon nak query kan? Lantak je la nak panggil apa pon ye tak? Yang penting, coklat ni ader 6 jenis.. [Sila rujuk Wikipedia, Types Of Chocolates (Jenis-jenis coklat)].

1. Dark Chocolate - Ini adalah coklat feveret saya. Peratusan coklatnya tinggi, dan kurang susu. Hanya ditambah gula dan sedikit lemak. Biasanya dark chocolate ni selain utk dimakan begitu sahaja, orang selalu gunakan sebagai coklat masakan. Ermm.. No wonder la bila saya beli coklat masakan utk buat cookies, takkan sempat jadi cookies pon. Sbb saya dah ngap dulu coklat masakan. :D. Lagi satu, coklat ni, kalo lagi byk peratusan coklatnya... Lebih la mahalllllll... Padan la aku selalu bengkrap kalo beli coklat. Huhu... Contoh Dark Chocolate yang sangat sedap ialah Beryl's. Cadbury punyer Dark Choc, kureng skit la. Tapi masih bleh makan kalo terdesak [kalo dah gian sgt kot].



2. Milk Chocolate - Coklat susu. Kandungan coklatnya agak kurang, dan susunya yg banyak. Pertama kali diperkenalkan oleh Henry Nestle pada tahun 1800. Tgk nama founder[pencipta] nya pon dah bleh agak la product apa kan? Mestilah keluaran Nestle. Contohnya KitKat. Nyummm... KitKat Chunky sungguh memuaskan selera makan coklat saya. Milk chocolate yang paling fofular tentulah Cadbury kan? Sedap la juga. Dulu masa Beryl's belum fafuler, Cadbury la yg saya pulun. Cuma skrg bila makan milk chocolate, saya dah tak dpt tahan dgn manisnya. Rasa macam brain-freeze kalo makan. Sbb manis sgt. Nampak sgt i dah tua. Hehehe.

3. White Chocolate - Gabungan diantara susu, gula dan lelemak. Haah... Lagi la takde langsung unsur-unsur koko. That is really not my taste. Boringgggg...

4. Cocoa Powder - Serbuk koko yang dah ditambah dgn susu juga pemanis. Biasanya pon org gunakan utk masak atau buat minuman koko. Coklat jenis ni pun tinggi kandungan coklatnya.... Sudah pastilah rasanya yummy. [Kalau kat rumah, saya buat minuman koko, menggunakan cocoa powder ni lah. Dah lama tak minum Milo. Sbb manis sgt.]

5. Compound Chocolate - Campuran cocoa yg sedikit sahaja dgn lelemak sayuran yg banyak. Kat sesetengah negara, tak dibenarkan pon coklat jenis ni dipanggil 'coklat' sbb bukan coklat pon. Menipu je lebih. Dan white chocolate pon termasuk dalam kategori compound chocolate juga. Sebab tu la kalau kamu perasan, ader sesetengah coklat yang kamu makan, macam susah nak larut dan blend dgn liur kamu. Mana tak nya... Hanya lemak yg banyak. Dannnn... Coklat yang dikatakan 'homemade' tu kebiasaannya mmg guna compound chocolate. Sgt-sgt jarang org yg buat homemade chocolate tu nak gunakan solid coklat. Sebab mahal la kan, of course.


6. Raw Chocolate - Ni adalah coklat tulen yg tidak diproses dgn menambahkan bahan2 lain. Pure punyer. Tp jarang la nak jumpa coklat jenis ni kat sini. Biasanya negara pengeluar coklat je yg jual coklat jenis ni. Pastu org lain beli, utk prosesnya menjadi coklat komersil.


Coklat yg bleh menggemukkan sudah tentulah yg kurang kandungan cocoa dan banyak bahan tambahan lain seperti milk chocolate dan compound chocolate. Oleh itu... sila la makan dark chocolate yer. Tapi kalo makan skilo sehari dark choc, takkan la tak gemuk kan? Semua benda kalo diambil secara berlebihan, akan memudaratkan.

09 November 2010

Terbakar Hati Siapa Yang Tahu

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini...

Bila berhadapan dgn situasi yang... err.. let say ; tegang atau menyakitkan hati... Kita akan ada 2 pilihan. Sama ada utk 1] marah atau, 2]tidak merasa marah. Dan jika kita telah memilih untuk marah, kita masih lagi ada 2 pilihan iaitu 1] untuk menunjukkan kemarahan, atau 2] pendam sahaja kemarahan itu. Abg Di saya kata; "Kita masih boleh memilih untuk tidak marah".

Setiap pilihan yg kita pilih tu, akan ada kesan yg berlainan dalam hidup kita juga org-org sekeliling. Sama juga jika ada perselisihan faham. Kita bengang dgn seseorang. Dan kita rasa dia yg bersalah dgn kita. Dia pula merasakan bahawa kitalah yang bersalah terlebih dahulu. Kemudian... Sama ada kita ataupun dia... sama-sama memilih jalan untuk... Tidak bertegur sapa. Terus bermusuh. Masing-masing, menunggu pihak yg sebelah lagi utk mengalah. Akhirnya, masalah yg kecil, menjadi besar dan berpanjangan.

Tidakkah rugi jika begitu? Bila berselisih faham atau pendapat.. kita juga ada 2 pilihan. 1] Melupakan hal tersebut, maafkan pihak lawan dan berbaik semula atau; 2]Memanjangkan perkara tersebut, besar-besarkan lagi api kemarahan dan terus bermusuh. Tapi biasanya manusia akan pilih option kedua. Kerana mereka merasakan diri mereka lebih mulia daripada pihak sebelah lagi, jadi pihak satu lagi tu la yg perlu mengalah. Haaihhh... Rugi-rugi... Dalam keadaan umat Islam yang berpecah belah ini... Kita masih lagi ingin menjadi penyumbang kepada statistik. Hal-hal remeh diperbesarkan sehingga penutup perkara yang sepatutnya lebih besar, seperti, bersatu dalam agama... menegakkan agama Islam.

Well... Bergaduh tu kan mmg seronok. Motif entry ini adalah supaya mengajak umat Islam 'buang yang keruh, ambil yang jernih'. Buang yang vavi, ambil yg viva. Hehehe...

07 November 2010

Perkahwinan Impian Saya

Hahaha... Mesti korang rasa cam nak muntah bila saya citer pasal bab-bab kawen, bab-bab geli2 dan jiwang2 kan? Kwn2 saya dah mula meng'sniff' adakah saya ni dah diambang perkahwinan? Hahaha... Blum lagi ye kengkawan. Saya sendiri blum tahu bila.

Ok.. Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini...

Sebenarnya sejak lama dulu, biler tgk orang lain kawen, saya tak ada plak terbayang perkahwinan impian saya seperti apa. Takde pon teringin nak buat pelamin mcmn. Garden wedding ke. Nak guna bunga apa. Baju berapa pasang. Karpet bulu apa. Nak kad kawen bentuk atau corak cane. Semua saya tak fikir.... Cuma yang pasti.... Saya hanya nak majlis perkahwinan saya tu dibuat di dewan kat kampung saya. Alasannya, sbb saya takmo mak saya stress bile ramai org di rumah. Takut sakit beliau datang menyerang dan tak ada tempat yang tenang utk beliau berehat. Bukan nya bermakna, beliau tak suka org dtg rumah. Beliau mmg suka sgt kalo org dtg rumah. Saya pun suka. Cuma takut biler beliau sakit, nnt dlm keadaan bising2 kat umah tu... Bleh memudaratkan kesihatan beliau.

Dan satu lagi impian saya... Ialah nak buat sesi fotografi outdoor di Muzium Sg Lembing. Sbb kawasan situ mcm cantik je. Siap ader keta antik lagi. Kehkeh... Letaknya di atas bukit yg hijau plak tu. Bangunan kat situ plak, sungguh historical. Yelah, rumah British lama. Memang cool lah kampung saya. [Perasan. Hahaha].

Tapi, impian pertama, nampaknya tak dpt restu daripada family saya. Hahahah.. So, takper la.. ikut saje la pendapat mereka. Tentu ada kebaikannya. Betul tak?

Dua perkara itu hanya sebahagian drpd impian perkahwinan saya. Selain itu... perkara yang paling penting yg saya harapkan semasa perkahwinan saya ialah.... Perkahwinan yang berkat dan mendapat rahmat Allah. Yang pasti saya TAKMAU bersanding. Sbb rasanya semua majlis perkahwinan abang-abang dan kakak-kakak saya [di side keluarga kami], takde sorang pon yg bersanding. So, saya pun tak teringin nak dok atas pelamin berdua, sambil diperhatikan oleh org ramai. Saya sungguh tersiput. Malu you..

Dari segi doorgift pula... Saya takmo bagi satu uncang kain net yg di dalamnya diletakkan ermm.. potpouri merapu tu, pasu-pasu kecik yg bakal dibazirkan dan diletakkan merata-rata oleh kebanyakkan tetamu [berapa kerat sgt yg suka kumpul pasu2 kecik tu kan?], atau apa-apa jua cenderahati picisan yg dah sah akan membazir. Kalau mak saya izinkan... Bunga telur pon jangan harap saya nak bagi. Tapi mesti mak saya suh sediakan juga kan? Sbb adat dah berzaman buat gitu. Kang saya melawan kang, jadi anak derhaka plak. Huhu. Doorgift pasti akan berupa makanan yg boleh dimakan. Muktamad.

Kemudian... Saya nak pasang lagu-lagu nasyid terutamanya lagu Barakallah nyanyian Maher Zain pada hari perkahwinan saya nanti dengan volume yang just nice, tak memekak sampai tetamu nak berbincang tentang kecantikan saya pada hari itu pun terkancat. [hahahah.. perasan again...]. Saya cuma tak faham jika majlis kahwin yg pasang lagu kuat gila. Nak bagi org Singapore dan Brunei dgr skali ke lagu-lagu tu? Sorry.. Jauh. Tak sampai punyer. Pasang slow-slow je sudah. Tapi rasanya Kak Long saya mesti tak bagi pasang lagu-lagu. Kalo beliau tak bagi, takper la.. I ikut je. Takde la penting sgt pun semua tu.

Dan juga, saya tak hingin utk menukar berpasang-pasang baju. Sebab saya pemalas. Hahaha.. Aku takleh rimas2 gitu. Nanti saya jadi badmood. Sebab serabut. Hehehe... Saya juga berharap, saya period pada hari perkahwinan itu... Hahahaha... Mesti korang fikir lain kan? Sbelum korang fikir yg bukan-bukan, biar le saya explain. Sbb time kawen, once in a blue moon, nak juga la saya mekap walaupun tak tebal. Mesti la perlu kelihatan rapi dan terurus. Kan hari penting. Kang kuar muka kulit kering saya time tu kang... Haa... pengsan plak tetamu tgk. Jadi, kalo saya period, tidaklah saya terlewat untuk solat dalam keadaan sibuk2 tu. Takut saya terlalai je. Tapi kalo saya tak period pun ok je. Ader la kebaikan yg lain di waktu lain kan? Kehkeh...

Saya ni sebenarnya simple je orangnya. Itu la diri saya yang sebenarnya. Jadi, perkahwinan saya pun saya nak simple. Yg tak beriya-iya. Saya hanya akan buat majlis tu, betul2 mengikut duit yg saya miliki sahaja, tanpa membuat personal loan. Bagi saya... cukup-cukup la hutang yg ada. Tak sanggup nak tambah lagi. Jadi,.... Sahabat-sahabatku... Andai kata kamu dtg ke kenduri perkahwinan saya nanti [yang tak tau biler. Hahaha... Doa-doakan la agar cepat ye..]... Sila jangan merasa aneh jika kamu mendapati, majlisnyer sangat ala kadar dan tak glamer serta tak grand continental.

Pengantin adalah raja sehari. Maka, saya ingin menjadi raja sehari yang berjiwa rakyat. Heheh.

04 November 2010

Hidop Penuh Musibah

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini....

Saya penah tanya Mr Storm tentang sesuatu. Tentang kenapa beliau lakukan sesuatu yang agak berisiko. Jawapan beliau "Sebab saya suka take risks.". Masa tu saya fikir, "Mak aihhh... Saiko nyer dia ni.". Kita kalo bleh, nak jauh2 dari risiko. Kalo bleh, nak semuanya berjalan lancar dan ikut plan... Tapi beliau plak bleh suka risiko. Dah sah saiko.

Namun... biler dah lama-lama berkwn dgn beliau.. Kemudian dah faham perangai beliau, [wp takde le faham mana. Tapi skit2 tu bleh le.] saya dah mula rasa mcm take risks ni seronok juga. Mcm hidup penuh cabaran. Ada rasa nervous. Rasa tertanya-tanya apa akan jadi. Berjaya ke tak berjaya. Walaupun stress, tapi seronok.

Jangan salah faham. Bukan bermakna, saya suka masalah dan sengaja suka nak cari masalah. Siapa suka masalah kan? Maksud saya... Saya suka risiko utk susah demi mendapatkan sesuatu. Contohnya... Saya sanggup bersusah tak beli coklat Beryl's demi utk berjimat. Hahaha... Bagi contoh tah hapa2.

Saya ingin kongsikan kisah salah seorang Khulafa ArRasyidin, Saidina Ali bin Abi Talib k.a.w... beliau ni... jika dalam masa seminggu beliau tidak diuji... Beliau akan susah hati, sedih dan rasa tak keruan. Sebab beliau merasakan, jika Allah tidak menguji beliau, seolah-olah Allah telah terlepas pandang akan beliau dan tidak sayangkan beliau lagi. Beliau memang suka menerima ujian. Haaa.. Hebat tak? Ko ader? Takde kan? Huhu...
Ok... Dah.. Sekian. [Fine... Entry ni takder ending. Hahaha.]

03 November 2010

Exam!

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini....

Kalau di sekolah atau universiti dulu, bila dengar sahaja ada exam.... semua orang ketar gigi nak study. Dapat je tarikh exam... Mula la pulun study bagai nak gila. Study last minute la yang paling sakai. Teknik belajar yang aku selalu amalkan dulu. Tapi kadang-kadang, last minute pun still ok la... Tak la teruk sangat. Paling busuk pon lulus jgk la kan. Sebab aku amik peksa utk lulus je. Cita-cita tak tinggi pon.. Haha.


Tu sebab la aku terfikir.... Exam ni betul-betul ke bleh menguji kebijakpandaian seseorang? Sbb kadang-kadang, soalan exam tu ulang-ulang je yg sama mcm tahun-tahun lepas punya, cuma ayat je ubah sikit-sikit. Jadi, contoh soalan kita dah boleh kaji. Mcm soalan bocor. Lagipun, dah tau tarikh exam, so bleh la kita prepare. Maksudnya, kalo selama ni kita langsung sepatah haram pun tak ingat ilmu yg kita belajar tu, atau langsung tak meresap dlm hati... Bleh jugak nak score kalau kita palsukan kepandaian kita tu, dgn membaca buku sampai berdarah hidung, kemudian jawab exam dgn cemerlang, pastu 2 hari selepas tu, kalau tanya balik soalan-soalan dlm exam tu, confirm gugur bulu-bulu kat badan sbb tak dpt jawab. So, nampak sgt la kita bukan betul-betul pandai kan? [Kita? Hehehe.. Maybe aku sorang je la kot. :D]

Macamana pula nak tentukan kejayaan di jalan Allah? Erm... Sebenarnya... boleh dianggapkan exam yang sebenarnya adalah di padang mahsyar nanti. Di hari pembalasan. Seolah-olah, kita tau kita akan hadapi exam, tapi tak diberitahu bila tarikh tepatnya. Anytime je bleh diadakan 'pop quiz'. Sepanjang masa perlu bersedia. Sbb bila-bila masa saja boleh berlaku exam tersebut.

Kali ini... memang tak boleh tipu... kalo tak faham agama Allah, memang gelap la masa depan kita kat akhirat. Atau kalau faham Islam, tapi tak amalkan amali yang ditentukan Allah... confirm tak lulus... Sbb yang menjawab bukan mulut, tapi anggota badan. Yelah.. sesuatu yang kalo kita faham macamana pun, kalau tak buat...lama-lama bleh lupa kan? Masa tu, jangan nak tipu la... Kalau mengaku Islam, tapi tak amalkan.... Pasti kantoi. Dan yang pasti, kalau kantoi kali ni, takleh 'repeat paper'. Dan jika waktu kiamat runtuh tu baru nak mengaku beriman [study last minute] juga takkan dipandang lagi. Maka... jangan menyesal.

Oleh itu.... Kena la sentiasa prepare untuk exam sebenar di padang mahsyar nanti. Ok? Jom la sama-sama berusaha untuk masuk syurga Allah. Aku tak sabar nak jumpa kucing aku kat syurga nanti. [Walaupun tak pasti lagi tempat aku di mana, tp kata-kata tadi adalah motivasi untuk aku ke syurga. Jgn jaki jipang la yer. Dah cara aku mcm tu.].

02 November 2010

Maaf Yer. Jiwang Skit.

Lelakiku.

Kau.... yang membuatku bahagia. Yang membuat aku tertawan. Hadirmu hiasi hidup. Membuat aku mengerti, arti cinta sejati...

Dan kau telah merubah hidup ini... menjadi penuh cerita. Membuat aku melupakan terakhir aku terluka, hanya kerna dirimu....

Hasrat hati, seakan tertuang ke dalam cinta untukmu. Keraguan seakan menghilang, terganti cinta darimu, cinta untukku....


Arrghh... Kenapa aku jadi jiwang karat benor nih!!! Kuheh...kuheh... Kengkawan... tolong la jgn give up dgn aku yer. Kasi can la. Bukan selalu aku mcm ni. Hahahah... Peace.

Boss Ku

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini...

Kat Division saya ni ada 2 orang pekerja yang baru masuk semalam. 2-2 lelaki. Sorang ditempatkan sama unit dgn saya. Nama beliau Joe [nick name, kerana nama sebenar dirahsiakan]. Dan seorang lagi ditempatkan di Unit Pembangunan Aplikasi, bersama-sama YekYu, NekNa, dan CekChah tak lupa juga Zykron. Huhu. Nama beliau pula adalah Jam.

Semalam, semasa The Biggest Boss in ICT datang perkenalkan mereka berdua kepada kami, the 2nd biggest boss saya iaitu MrZ tak ada kat ofis. Jadi, beliau belum tahu tentang penempatan Joe di Unit kami. Maka, pagi ini... Ustazah Alia memberitahu beliau tentang pekerja baru tersebut...

Alia : En Z, kita ada staff baru di unit kita. Dan ada seorang lagi pekerja baru di Unit Aplikasi. Sorang nama Joe, sorang nama Jam ....

MrZ : Sorang lagi nama Bul. Jadi Joe JamBul...


Ngeh...ngeh.. Ngeh... MrZ dah makin maju dalam bab-bab kerepek. Hehehe... Cayalah boss aku ni. Mesti terpengaruh dgn JekJan ni.

01 November 2010

Huhuuu...

Lapar coklat... Nak coklat... Jap lagi kang... Nak gi beli coklat. Last yer? Last.. Heheh.

Goodbye My Love...

Kita akan berpisah... Untuk sementara waktu... you takkan dapat jumpa I lagi. Tapi lebih tepat lagi ialah... I yang tak dpt jumpa you. I'm gonna miss you so really much. I terpaksa. Demi masa depan hidup I yang lebih gemilang. I rela lepaskan you. Bukan you ajer tau. Kawan-kawan you pon.

I takkan lupakan bau you dan rasa you yang sedap itu. I akan selalu terbayang-bayangkan you apabila I nampak kelibat you. Sedihnya I rasa you know. Because, for all this time, you're my favorite. Tiada apa yang dapat menggantikan you dalam hidup I.

Nanti bile tiba masanya... I akan dtg cari you ok? Di Famous Amos. Yeahh... Semoga kita akan bertemu lagi duhai Dark Chocolate kegemaran ku. Dan juga kawan-kawan you iaitu; Apple Crumble. Soft cookies. Desert. Cheese Cake. Dan semua jenis makanan-makanan gemuk yg tak berapa nak murah utk dibeli selalu. I akan mula berjimat utk mengumpul uwanggg yang lebih mem'pakcik kayo'kan I. Tapi sekali sekala, I bleh la jumpa you. Itu pon if any of my frens hadiahkan you pada I. Hahaha...

Moralnya... Selagi aku tak lalu kat Famous Amos... Selagi aku tak nampak kelibat coklat dan cookies.... Aku masih terselamat. Oleh itu... Famous Amos akan aku banned! Yeehuuu....

Alamakkk.. Lapor la plak malam-malam ni. Jap la.. nak gi makan cookies jap. Hehehe... [Sempat beli cookies sebelum sampai umah tadi. Hahahahah.. Rosak program.]

Yang Ini Juga Menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...