Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2010

Kak Bedah Tak Faham

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini.... *Menaip entry baru sambil mendengar lagu 'Selimut Hati - Dewe Semilan Belas'..... Seusia saya hidup di dunia yg sementara ini, SALAH FAHAM adalah salah satu perkara yang saya selalu sangat terlibat dengan. Ayat tu macam huru hara je. Hahahaha... Tapi kamu faham maksud saya kan? Sudah banyak kali saya melalui perkara-perkara salah faham ni. Kalau setakat salah faham tapi tak ada kesan apa-apa terhadap orang lain, tak mengapa. Ini boleh efek pada kehidupan orang lain. Dan saya pun selalu juga salah faham pada orang lain. Jadi, marilah kita bersama-sama jangan menyalah fahamkan orang lain. Sebab bila orang lain menyalah faham pada kita, kita akan rasa macam nak baling selipar je kat mereka. Habis, bila kita yang menyalah faham orang lain, kita ingat orang lain tak teringin nak baling tong gas ke kat kita? Pendapat saya, walau apa-apa pun, kehidupan kita ni sebenarnya ringkas sahaja. Sama seperti bacaan doa iftitah yang kita baca

Nyah Kau, TokSin!

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog yang tak semenggah ini.... Biasa dengar @ tengok Detox Patches tak? Ala... Benda alah yang orang tampal kat kaki masa tido tu. Then bangun-bangun dari tido Subuh esoknya, tengok-tengok patch tu dah bertukar [bertukar!] jadi kaler hitam. Menandakan toksin yg dah ternyahkeluar dari badan orang yg menampal tu. Saya suka benda-benda magik ni. Ala-ala mistik la konon. Mcm kita buat sesuatu, tetiba esoknya... tadaaaaa ... kita akan dapat hasil. Contoh macam main Farmville, hari ni tanam Yellow Melon, 4 hari lepas tu boleh tuai dan jual. ~Ceh, takder kena mengena contoh ni. Masa saya mula-mula cuba pakai Detox Patches ni, saya saje je suka-suka. Sebab rasa terhibur plak bila dapat tahu warnanya boleh bertukar hitam. Dalam masa yang sama, nak test toksin dlm badan saya. Nak tgk banyak ke tak. Hehehe... Memang tak ada niat langsung untuk kesihatan ke, untuk kekuatan tenaga batin ke atau untuk kecantikan dalaman. Bila saya pakai malam tu, pagi esoknya

Buah-buahan Di Syurga

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini.... Di syurga ada sejenis pohon yang dinamakan Tuba. Dalam pepatah melayu kan ada "Madu yang diberi, dibalas tuba". Tapi ni Tuba lain. Bukan tuba yg racun tu tau? Abu Hurairah berkata ; "Sesungguhnya di dalam syurga itu terdapat sebatang pohon yang dipanggil 'tuba'. Dan apabila Allah berfirman kepadanya: "Keluarkanlah untuk hamba-Ku apa-apa yang mereka kehendaki. Maka keluarlah kuda dengan delman dan pelana dan apa-apa keperluan yang dikehendaki dan keluarkan pula untuknya kenderaan dengan tempat duduk serta pengikatnya, apa-apa keperluan yang dikehendaki dan juga pakaian-pakaian." ~Hadis Riwayat Ibnu Abid Dunya~ Best gila. Boleh minta apa-apa saja. Keta 'Das Auto' tu.... Anytime mintak je boleh dapat. Tapi rasanya kalau dah tinggal di syurga, kalo setakat keta tu, eleh... membazir je mintak. Mintak buraq [kuda bersayap] la baru best kan? Dan tambah skit... Pokok-pokok kat syurga..... Akarnya pun e

Emas Dan Mutiara

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini.... Buat entry dengan menaip lirik lagu. Lepas tu, tukar font paling besar dan warna hijau sampai entry tu jadi panjang gila. Tak ada motif sungguh.[Sila rujuk entry terdahulu dlm blog ini.] Kamu suka emas dan mutiara tak? [Bukan drama Embun Mutiara ye.].Rasanya, kalau tanya sesiapa pun akan suka dengan emas dan mutiara. Walaupun tidak suka pakai, tetapi tentu suka tengok keindahannya. Atau jika tidak suka tengok pun, paling tidak, tentu suka dengan nilai kedua-dua benda tersebut. Betul kan? Jika inginkan emas dan mutiara yang terhebat, sila berusaha.... Kerana..... Mahligai dan istana di syurga diperbuat daripada emas dan mutiara terbaik iaitu yang disediakan hanya untuk hamba Allah yang beriman. Sabda Rasulullah; [tidak dinyatakan daripada riwayat apa] "Sesungguhnya, orang beriman ditempatkan di syurga istana dari mutiara yang berongga. Panjangnya adalah 60 batu. Di dalamnya terdapat pelayan-pelayan". Bangunan Di Syurga Bangun

Cinta Tak Bersyarat....

Tak ada sedikitpun sesalku, Tak bertahan dengan setiaku, Walau di akhir jalan, Ku harus melepaskan dirimu... Ternyata tak mampu kau melihat, Dalamnya cintaku yang hebat, Hingga ada alasan, Bagimu untuk tinggalkan setiamu.... Demi nama cinta, Telah persembahkan hatiku hanya untukmu, Telah kujaga kejujuran dlm setiap nafasku.... Kerna demi cinta Telah kurelakan kecewaku atas ingkarmu Sebab ku mengerti cinta itu tak mesti Memiliki... Andai saja bisa kau fahami Layaknya erti kasih sejati Kerna cinta yang sungguh Tiada akan pernah mungkin pernah bersyarat..... Demi nama cinta, Telah kupersembahkan hatiku Hanya untukmu Telah kujaga kejujuran dalam setiap Nafasku Kerna demi cinta Telah kurelakan kecewaku Atas ingkarmu Sebab ku mengerti cinta itu tak mesti Memiliki... Dirimu... Ternyata tak mampu kau melihat... Dalamnya cinta ku yang hebat... Lagu : Kepersembahkan Nirwana - Element

No More

Ok... Cukuplah sampai di sini sahaja blog saya ni. Lepas ni... Dah takkan ada lagi entry-entry terbaru di blog saya ini.... Sebab.... Err...... Sebelum bagitau sebab, kena jelaskan dulu... Bukan takkan tulis entry baru. Cuma enaf la citer pasal 'Kisah Diri Sendiri Yang Tak Best Mana Pun' tu kan? Kisah personal, mungkin akan dikarang juga, cuma tidak akan di'publish'. Selepas ini, biar la saya menulis entry yg tiada kaitan dgn kisah personal saya seperti 'masak menu syok sendiri', 'kisah bangun lambat', 'riang ria hari raya' atau pasal Kenari Lyd The Lead juga pasal penyakit kulit ke. Huhu... Walaucamana pun, saya ni memang suka mengarang. Kalo tak dapat cite pasal diri sendiri, saya akan tetap juga mengarang. Kalo saya mengarang sendiri, simpan sendiri dan takde org lain baca, so what's the point? Sama macam tak mengarang. Kannnnnnnnnn?? Jadi, sama ada kamu suka atau tidak.... Saya tetap akan mengarang. Berlatih mengarang. Bila dah mahir den

Cuba Teka?

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini.... Kalau kamu terrorist.... Cuba kamu teka, apakah nama ikan ini? [Sila rujuk gambar] Haaa... Mesti takut nak teka betul tak? Kalau jawab betul, nanti dikatakan sebagai terrorist pula ye? Sepatutnya saya balik ke KL hari ni [Sabtu]. Tapi bila saya fikir-fikirkan, baru saya sedar yang sepanjang saya cuti 12 hari dan duduk di kampung, saya belum bawa mak saya pegi jalan-jalan, naik kereta Qenary ku itu. Memang la pegi open house, mak saya ikut. Tapi beliau naik keta kakak saya [Teh]. Jadi, semalam... saya tanya mak saya. Beliau ada nak ke mana-mana tak? Kalau ada, saya balik hari Ahad saja la. Dan beliau jawab, ada. Maka, tak jadi la saya balik hari ni ke KL. Oleh itu, hari ni... saya bawa mak saya pegi pasar [sambel menyanyikan lagu 'mak..mak pegi pasar.. mak beli satu barang... awk teka warna apa??']. Dan pegi kedai kain, beli cadar, beli tikar getah. Dan Akak saya juga join juga. Beli barang-barang keperluan beliau. Semasa saya

Raya Ketiga : Lagi-lagi Flash Mbekkkkkkk....

Sejahteralah ke atas nko yang membaca belog haku ini.... Dah lama tak mengarang dengan menggunakan ganti diri 'aku'. Ce aku test try sket. Ari ni nak guna perkataan aku. Bak kata pepatah Pakistan "Jika sendiri tiada mampu memakan roti, jangan berani memesan daging". Maksud dia, lain kali kalo tak pasti boleh tunaikan, jangan mengada-ngada nak berjanji. Marah orang Pakistan kalo dengar ni. Sebab aku reka je pepatah tu. Chupp... Aku tujukan untuk diri aku sendiri la pepatah tadi tu. Sebab last entri dulu, aku janji nak citer pasal raya ke-3. Padahal aku tak rasa pun ader org yg ternanti-nanti entri terbaru dari aku. Tapi kalo dah janji, kena la tepati kan. Ni dah makan 5 hari asyik takder kemajuan je blog aku ni. Sebenarnya takde apa-apa yang menarik pun terjadi di hari raya ke-3. Cuma pergi open house umah Abang Chik aku je. Raya ke-4 umah Abg De. Raya ke-5 dok umah ternak daging kat badan. Raya ke-6 umah Kak Long dan raya ke-7 kat umah Abg Sidi AR. Gitu je la kitaran

Raya Kedua : Flashback Lagi...

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini.... Persoalannya : Ada ke orang Melayu Islam kat Malaysia yang sambut hari raya kedua dengan mendaki bukit dengan alasan untuk beriadah? Hahaha... Jawapannya sudah tentulah ada. Sayalah orang Islam itu. Gila ke aktiviti mendaki bukit di pagi raya kedua? Gila ke? Haaa? Gila keeeeee? Jawab!!!!![Berdrama plak.]. Bagi saya tak la gila sangat. Sebab the whole family bagi sokongan moral dan beri keizinan. Mak saya siap tolong kejutkan lagi pagi tu, kul 6 pagi takut saya terlewat bangun untuk melihat sunrise di atas bukit itu. Cool kan? Plan nya dah lama. Sebelum cuti raya lagi. Saya dan Wonk [anak buah saya], bercadang nak daki bukit tu untuk menguji kecergasan dan stamina masing-masing. Heh, poyonya lah. Dan biasanya kami hanya berada di kampung pada waktu yang sama, hanya pada hari raya. So, hari raya la yang jadi pilihan. Bukit yang saya daki tu, namanya Bukit Panorama. Asal usul nama tu, saya tak pasti. Mungkin sebab dari atas, bleh nampak

Yey! Raya Datang Lagi...

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini..... Raya tahun ni, saya tak beri duit raya pun kepada anak-anak buah saya. Sama mcm tahun-tahun lepas juga. Kehkehkeh. Pokai betul le mak sedara dierang ni. Walaupun segan gila, tapi bila anak-anak buah minta duit raya, saya boleh je maintain buat muka tak bersalah. Nak bagi duit raya kat anak buah seramai 31 org, yang terdiri daripada berbagai-bagai peringkat umur... erm.. agak memeningkan. Kalo boleh nak beri duit raya kat semua anak buah. Nak beri banyak tak mampu, tapi kalo nak bagi RM5, takkan anak buah yang umur 23 tahun yang masih belajar pun nak bagi amaun yang sama?? Kalo bagi kat yang kecil je, dan yang besar tak dapat, nanti ada yang kata tak adil. Last-last, baik takyah bagi semua la. Hehehehe.... ~ Alasan Saja nak share gambar-gambar raya yang tak seberapa ni.... Walaupun saya tak bagi duit raya, tapi saya berjaya mengalih fokus mereka untuk melepak di bilik saya sambil main game Plants VS Zombies... Hahaha. [Ily, Marwan, Il

Aidilfitri Eve

Sejahteralah ke atas kamu yanmg membaca blog ini..... [Saya tahu kamu ternanti-nanti entry terbaru dari saya. Jadi, saya update juga blog ini walaupun di hari kemenangan. ~ pergghh... perasan gila.] Sehari sebelum raya, saya sambung tidur selepas solat subuh dan bangun semula jam 9.30pg. Itu pun setelah emak saya panggil untuk suruh saya bayar duit ayam 7 ekor kepada delivery boy yang hantar ayam tersebut. Sebab mak saya terlupa di mana beliau letakkan beg duit beliau. Tapi masalahnya saya pun tiada duit tunai, sebab saya tidak sempat mengeluarkan wang sebelum pulang ke kampung malam tadi. Sampai di kampung pun jam 3 pagi. Huhu.. Dahsyat sungguh 'jammed' di musim perayaan ini. [Akhirnya kakak saya yang bayar harga ayam tersebut].. Bangun saja dari tidur, dengan mata yang belum dapat dibuka sepenuhnya, terus sahaja saya pergi membantu emak menganyam ketupat. Rasanya saya anyam dalam 80 sarung ketupat. Jam 12.30 tghr siap anyam. Kemudian, tolong Kak Long cuci ayam yang telah di

Shout Box

Hari Kemenangan Versi Jimat

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Baju raya? Dah beli ke belummmmm? Tahun ni saya excited nak raya sebab boleh balik kampung dan jumpa ahli keluarga dan saudara mara. Tapi tak excited pun nak beli baju raya. Sebab bagi saya... selama 30 tahun hidup kat dunia ni... [eh...umo aku 30 tahun dah ke? Prapppp.... kantoii], saya rasa dah bosan melalui 'kitaran hidup tahunan' yg sama iaitu bila raya, sibuk tempah baju raya 3, 4 pasang. Pening kepala nak cari tudung untuk dipadankan dengan baju, nak beli kueh raya/biskut raya banyak-banyak jenis. [Beli oven, tapi tak buat pun kuih raya... Hehehe...]. Bayangkan la... Tiap2 tahun ulang benda yang sama. Pastu bila pagi raya, akan terasa diri saya la yang paling gorjes sebab konon-kononnya sebab pakai baju baru yang cantik bergemerlapan.... Maya Karin pun kalah kalau dia berdiri kat seblah saya. Perghh.. Punya la gorjes. Hakikat sebenarnya.... Walau baju saya secantik macamana pun, atau mahal macamana pun, rupa saya tetap be

Hari Kemenangan Versi Sedih

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini.... Tajuk tu macam nak bagi entry yang berunsurkan ceramah je kan? Owh... Jangan risau.. Tak bagi ceramah.. tak bagi ceramah. Sebelum saya ditukarkan ke KL, saya tinggal bersama mak dan abah di kampung, di Kuantan. Saya ni, belajar dulu pun di Kuantan. Sekolah di Kuantan. Kolej di Kuantan. Tiap-tiap minggu boleh balik kampung. Bila dah kerja pun, kerja di Kuantan. Lagi la... Terus duduk dgn mak abah. Pendek kata, saya ni memang tak pernah berjauhan dengan mak abah. Selama ni, bila raya... saya memang gembira. Cuma saya selalu tak faham.... Kenapa bila dah dekat Hari Raya, selalu cerita-cerita sedih orang lain yang keluar kat TV, diringi dengan lagu Dendang Perantau? Lagi, orang yang buat ucapan Selamat Hari Raya kat TV juga selalu menangis masa bagi ucapan kepada keluarga di kampung. Dalam hati saya masa tu.... "Tah hapa-hapa dierang ni. Tu pon nak sedih. Aku tak rasa sedih pon. Relax la wei... Hari raya pon nak nangis2 buat apa??&

AQ vs HP

Ever wonder what would happen if we treated our Quran like we treat our cell phone? Bagaimana agaknya jika kita menggunakan Al-Quran sama seperti kita menggunakan telefon bimbit kita? What if we carried it around wherever we went? Bagaimana jika kita membawa Al-Quran ke mana-mana kita pergi seperti kita membawa telefon bimbit ke mana-mana sahaja? What if we flipped through it several time a day? Bagaimana jika kita membuka lembaran-lembarannya dengan kerap setiap hari? What if we turned back to go get it if we forgot it? Bagaimana jika kita sanggup berpatah balik bila kita tertinggalkannya di rumah? What if we used it to receive messages from the text? Bagaimana jika kita menggunakannya untuk mendapatkan 'mesej' daripada tulisan-tulisannya? What if we treated it like we couldn't live without it? Bagaimana jika kita mengganggapnya seperti 'kita tidak boleh hidup tanpanya'? What if we gave it to Kids as gifts? Bagaimana jika kita memberinya kepada anak-anak sebagai ha

Mungkin Ia Kecantikan Asli, Mungkin Ia Pilasang.

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini..... Hari ini saya lewat lagi. Alang-alang dah lewat, saya mandi tadi siap mandi lulur. Keh keh. Kalau Mr Cusack [ the 'biggest' boss in ICT ] tahu, mesti merana hidup beliau sebab ada pekerja yang bermasalah seperti saya. :D Sebut pasal lulur, saya saja nak kongsi. Lulur yang saya gunakan adalah buatan manusia, dan sayalah manusia itewww .... Saya buat sendiri di rumah tau. Tapi cerita ni mesti dah basi di mata MamaJue, JekJan dan Org Kg Baru serta Buji [iaitu adik ipar Mr Cusack yang memperkenalkan lulur itu kepada saya]. Lalalalala...... Lulur itu diperbuat daripada beras pulut, yang digoreng tanpa minyak sehingga berubah warna. Mengikut resepi sebenar, beras itu perlu digoreng sehingga bertukar ke warna hitam. Tetapi orang-orang yang syok sendiri seperti saya, suka buat-buat kreatif [walaupun tidak kreatif] iaitu dengan menggoreng beras itu sekadar berwarna perang sahaja. Kemudian, beras itu dikisar halus. Dan dibancuh dengan