Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2010

Kenapa?????

Kenapa Portugal kalah???!!! kenapa???? Why????? Ronaldo nampak mengecik je pagi tadi. Ishh... Tak lalu makan rasanya. Bile mengenangkan yg Argentina bakal bertemu dgn Spain selepas menang dgn German nanti.... pheww... Achtung!

Abu Bakar As Siddiq Sebelum Menghembus Nafas Terakhir

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini.... Kemudian Khalifah Abu Bakar as-Siddiq menyuruh Usman bin Affan menulis surat wasiat yang mengatakan Umar al-Khattab dilantik sebagai khalifah menggantikannya. Selepas selesai wasiat itu ditulis, beliau memanggil Umat al-Khattab. "Wahai Umar, saya melantik kamu sebagai khalifah bagi memimpin umat Islam ke jalan yang diredhai Allah.", kata Khalifah Abu Bakar as-Siddiq. Umar al-Khattab menyatakan persetujuannya. Kemudian Abu Bakar as-Siddiq berpesan; " Sesungguhnya Allah mempunyai hak yang wajib kita tunaikan tepat pada waktunya . Hak Allah pada waktu malam tidak akan diterima-Nya, sekiranya dibuat pada waktu siang. Hak Allah pada waktu siang tidak akan diterima-Nya sekiranya dibuat pada waktu malam. Allah tidak akan menerima amalan yang sunat-sunat sehingga dikerjakan dahulu yang wajib. " "Sesungguhnya di hari akhirat nanti, berat timbangan mereka yang mempunyai timbangan yang berat kerana menegakkan kebenaran s

Almari Yang Bijak

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini.... Maksud saya; bagaimana mengaturcarakan almari kamu dgn bijak? Terutamanya jika almari itu sungguh la kecik. Tajuk di atas tu mmg melampau skit. huhu. Ayuhhhhh... Baca ini; [mengaturcara almari? huahua... mcm nak develop system la plak]. 1. Pakaian berbau : Untuk mengelakkan pakaian-pakaian kamu berbau seperti kambeng gurun, sila pastikan kamu asingkan baju yang belum dipakai dgn baju yang sudah dipakai. Ingat! Bukan penyakit TB saje yg boleh berjangkit. Bau pakaian juga boleh. Baju yang sudah dipakai tu takyah le letak dlm lemari. Bawak2 la letak kat luar. Sangkut le kat mana2, belakang pintu ke, tepi tingkap ke, kat katil ke. Tapi kalo gantung merata-rata, nampak semak plak kan? Haaa... Maka, sila la kikis sikap 'jimat tak bertempat' kamu tu. Baju dah pakai, basuh je la. Nak simpan buat apa. 2. Sempit : Makin lama, kamu dapati almari kamu semakin mengecil. Mungkinkah beliau sudah mengecut? Errm... mungkin juga, kalo beliau te

Nak Print Resepi

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini.... *Kisah di bawah ini adalah rekaan semata-mata. Tiada kaitan dgn kamu atau dia. Suatu masa. Di satu ofis. Di suatu pagi. "Hari ni aku puasa sunat. Petang nanti nak berbuka nak makan apa yer? Fikir punyer fikir, tak dpt gak cari idea bagi menu berbuka puasa hari ni. Takper, cuba surf internet jap. Buka browser, pegi ke laman Google dan taip 'resepi untuk menu berbuka puasa'. Tekan 'Enter'. Sapppp... Kuar berpuluh-puluh ribu link yang berkaitan. Maka aku pon tgk satu persatu website-website yg dicadangkan tersebut. Wahhhhhhhhhhh... Mcm best-best jugak resepi-resepi yg ada ni. Lama jugak la aku mengushar semua website yg menarik tu. Ada la dalam 2 jam. Aku compile resepi-resepi tu, dan copy-paste masuk dlm MS Word. Hehehe... Puas hati rasanya. Nak bawak balik resepi-resepi ni, tapi kalo nak tulis, ader byk mukasurat plak. Ader 20 pages. Alaa... Print je la senang. Ye tak? Dah masuk waktu petang, keja masih ader lagi

Ulasan Tamat Perlawanan

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini.... Ulasan 1 : Tentang Paras Rupa. ~ Pemain No. 6 Argentina , body ada cutting, mcm pompuan. Huhu. Muka plak mcm pelakon The Lord Of The Ring yang jadi 'Faramir'. ~ Gol Keeper Argentina, skali imbas nampak mcm Tarabas dalam citer The Cave Of The Golden Rose. ~ Lionel Messi sungguh comel sbb dia cinonet tapi hyperactive. Saya plak yg rasa nervous di atas kelincahan Messi iteww seolah-olah saya ni pemain Mehico yg nak mengawal pergerakan dia..... ~ Pemain no.3 Mehico pun body ader cutting pompuan. Siap ader breast lak tu. Huhu.. Tercabar plak I rasa. Ulasan 2 : Adegan-adegan Menarik. ~ Game terhenti seketika di awal-awal minit separuh masa pertama, sbb ader penonton buang toilet paper atas padang[agaknyer le toilet paper, saya agak je. Malas nak Google].Time tgk tu, saya dah tergelak dan dah rasa terhibur. Sbb pelik + merepek. Yang kena kutip sampah tu ialah gol keeper Mehico. ~ Jaringan gol pertama Argentina oleh Carlos Tevez, dira

Ramalanku : Argentina - 2, Mehico - 0

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini.... Jam 3.07 pagi. Menonton perlawanan di antara Argentina dan Mehico [Mexico. Saya eja begitu sbb saya gedik. Tenkiu. Hehehe.. Org2 Mexico sebut negara mereka 'Mehico']. Sudah 40 minit perlawanan, Argentina mendahului dgn 2-0. Nampaknya ramalanku mungkin akan salah. Gol mungkin akan bertambah lagi. Weehuuu!!!! Comelnyer Lionel Messi ni. Kecit cho-et je.

Gerhana Bulan....

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini.... Di umah kakak saya, Tmn Melawati. 26 June 2010. Waktu Maghrib. Amik wuduk. Selesai amik wuduk, nampak Siti Hajar baru keluar dari bilik beliau. Kemudian beliau berkata, "Maksu, malam ni gerhana bulan.". Saya terus jawab "Ooo... Ye ke?". "Ha..ah" kata beliau lagi. Saya faham maksud beliau iaitu untuk mengingatkan saya supaya solat sunat gerhana bulan. Huhu... tapi malangnya, baru saya sedar, bahawa... Saya tak tau mcmn nak buat solat sunat gerhana bulan tu. Nak tanya Siti Hajar mcm segan giler. Saat itu, terasa diri ini sama seperti binantang ternak.... Huuwaaa... *Siti Hajar = Anak kakak saya yang berusia 16thn.

Alat Bantuan Penglihatan

Bila la saya nak gi tukar speck mata saya ni? Glasses saya ni saya buat pada tahun 2000. Huuuu...Dah 10 thn. Powernya toksah cakap le... Rendah giler vavi. Tak silap saya +1.50 je setiap side. Saya lenjan sampai skru dah loose giler vavi lagi skali. Dan rabun saya skrg dah jadi -3.50 setiap side, tapi dok pakai lagi speck mata yang 10 thn ni. Masalahnya yg tertangguh sampai 10 thn ni ialah, kalo nak tempah speck, mata kena free from contact lens paling minimum 30 minit. Selalu lupa nak bwk pegi Optometrist. Dan kalo nak pakai speck dari rumah, sungguh tak nampak. Sbb power nyer sungguh sikit. Huuu... Sabor la yer mata-mata ku. Nanti aku akan tukar juger. Sbb biler dah tahap pelapik hidung tu dah tertanggal sendiri, maknanya mmg dah usang sangat dah tu. Huhu... Tapi lagi skali saya tanya, saya ni cermat kan? Hahahahahah....*cermat tapi pemalas.

Abu Bakar As Siddiq

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Pada suatu hari, sedang Abu Bakar as-Siddiq duduk berehat di bawah bayangan pohon kurma sambil membaca ayat-ayat suci al-Quran, beliau didatangi oleh sahabat beliau iaitu Umar bin Al-Khattab. "Assalamualaikum", Umar memberi salam. "Wa'alaikumussalam" jawab Abu Bakar. "Kamu wahai sahabatku, Umar al-Khattab. Dipersilakan duduk." Kata Abu Bakar. "Apa yang sedang kamu lakukan di sini wahai sahabatku, Abu Bakar as-Siddiq?" tanya Umar. "Saya sedang berehat selepas penat bekerja di ladang kurma ini. Di samping itu, saya berzikir dan membaca wahyu Allah." Jawab Abu Bakar as-Siddiq. "Semasa di Mekah, kamu peniaga yg kaya-raya. Mengapa sekarang kamu tidak mahu lagi berniaga, sebaliknya bekerja sebagai petani?", tanya Umar al-Khattab. "Saya ada tugas yg lebih penting iaitu berdakwah, menyeru manusia supaya menyembah Allah. Namun saya mempunyai keluarga. Sebab itu saya mengusahak

Kenari Lyd The Lead

Sejahteralah ke atas kamu yg membaca blog ku ini.... Hari ni saya cuti. Semata-mata nak pegi tukar absorber belakang utk kereta saya. Lepas accident tahun lepas, masa keta saya terbalik ke sebelah kanan iaitu bahagian pemandu, seluruh bahagian kanan tu kemek dgn agak teruk. Hantar repair kat satu bengkel kereta yang sungguh tak popular, tu pun kerana terpaksa maka saya htr ke situ. Tambahan plak, saya takder experience dan tak tau nak buat mcmn kalo accident . Towing truck yg dtg selepas saya accident tu pon adalah milik workshop tu. So, hantar je la ke situ. Dah la lokasi workshop tu, jauhnya tak masuk akal. Kat Batang Kali sana. Saya nak menziarahi kereta saya dihujung minggu pon susah. Yelah.. Dah tentu saya takder transport masa tu. Nak pegi naik train ke Batang Kali tu mmg kirim salam je la, dah la tempat tak biasa. Selama lebih kurang 2 bulan keta saya menderita kesakitan di workshop tu, saya langsung tak dtg jenguk beliau. Bila dah siap je saya dtg. Huu...Kejam..kejam..

Bumi Digulung

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini.... Cuba tengok betul-betul. Bumi yg sedang bergulung tu... Pergh... memang tak sabar nak tunggu citer ni walaupun sehingga ke saat aku menaip entry ini, aku masih blum tgk filem 2012. :D. Blum ader masa nak tgk dgn kusyokkk.. Dan kalo sesape yg tgk movie ni nanti, jgn tengok dgn hati kosong dan semata-mata nak "enjoy your movie" je yer.. Ambil pengajaran dan jiwai apa yg terkandung. Sbb Hollywood punyer movie ni, mmg 'something'. Mereka tak buat movie yg kosong. [Ader jugak la yg kosong, huhu... byk actually.]. Tapi yg hebat2 mcm ni, yg bleh jadi movie of the year, memang dibuat berdasarkan kajian dan rujukan yg mendalam terhadap kitab dan sejarah. Kalo tidak, mana ader nak dpt idea mcm ni. Akal manusia ni setakat mana je sgt. Ye dok?

Rahsia Aku

Sejahteralah ke atas kamu yg membaca blog ini.... World Cup 2010 dah lama dah bermula. Tapi saya baru je nak citer pasal bola ni. Takder apa pon nak citer sgt. Sbb saya byk tertinggal match yg best2. Walau canner tak tgk skali pon, saya mana bleh ketinggalan utk mempunyai pasukan pojaan hati ku sendiri. Untuk World Cup musim ini dan musim-musim yang sudah, saya menyokong Argentina, walaupon saya dan Argentina tu langsung takder kaitan walaupun sebesar bulu hidung. Kalo ader pun, cuma dgn 'Tina' je. Tu kawan skolah saya masa skolah rendah dulu. Huhu. Kalo Argentina gagal di pusingan awal, baru la saya akan pindahkan sokongan saya tu kepada pasukan yg masih tinggal, yg agak2 ader harapan nak menang, seperti Brazil. Dan saya juga suka menyokong pasukan yg underdog . Maksud underdog ni ialah 'di bawah hanjing'. Hehehe.. just kidding my dear . Underdog tu ialah pasukan yg kurang diberi perhatian dan tidak dijangka akan menang. Contohnya mcm Jepun, Korea Selatan, Turki [Tur

Menari Terkedek-kedek

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini..... Adikku Muda Remaja. Semasa saya di sekolah rendah iaitu semasa berusia 8 thn, saya telah dipilih utk mewakili kelas utk buat persembahan utk Sambutan Hari Guru[bangga semacam je... maklumla.. Terpilih wp sekadar wakil kelas je]. Saya ingat lagi masa tu, saya darjah 2. Kelas 2 Melur[Kalo umur 8 thn dan berada di dalam darjah 2,itu bermakna saya tak langkau kelas yg juga bermaksud, saya bukan budak genius. hehehe]. Persembahan yang saya buat masa tu ialah MENARI. Huhu... Dgn lagu latarnya pulak ialah lagu Sudirman yg ader lirik "adikku muda remaja, awasi bila melangkah, wajahmu manis bak gula, pastu ramai kan tergoda...bla bla..". [Taktau tajuk lagu tu]. Tarian tu cuma ada rutin tarian yg simple2 je. Maklum le, budak darjah 2. Takkan nak bagi step yg susah-susah ye dok? Antara step yg saya tarikan masa tu, gerakan tangan yang digerakkan ke kiri ke kanan mcm wiper kereta. huhu... Dan yg paling penting, 6 org yg menari tu, kena

Siapalah Kita Tanpa Sejarah

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini.... Lagi-lagi pasal movie. Last time dulu kamu semua dah baca review saya tentang filem the Lord Of The Ring Trilogy kan? [kepada sesiapa yang baca sahaja la..]. Selepas ketiga-tiga filem tersebut, saya tonton pula filem Lara Croft : Tomb Raider dan Lara Croft : Tomb Raider [Cradle Of Life] . Bagi sesapa yg tak ingat, citer ni dilakonkan dgn bestnya oleh Angelina Jolie. Saya sangat berharap agar kamu membaca review tentang filem-filem yang saya masukkan di dalam blog saya ni. Bukan saja-saja nak review utk menunjukkan ke'lagho'an saya. Dan bukan juga nak menjadi poyo sbb byk tonton movie Hollywood sedangkan movie 'Satu Hati Dua Jiwa' saya tgk 5 minit pertama je [sbb tak tahan tak logik]. Saya ringkaskan je review ni seringkas yang boleh supaya kamu tidak perlu membaca meleret-leret. Sila baca yer. Lara Croft : Tomb Raider Watak Baik [Hero] : Lara Croft, Bryce[geng Lara yg genius] dll Watak Jahat

Jiran Saya Dan Babi

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini.... Pagi tadi, sewaktu saya mempersiapkan diri dan sedang berada di dalam dilema sama ada nak ke ofis atau pon nak sambung je MC, saya terdengar suara orang kecoh2 kat luar rumah saya. Sempat gak la saya skodeng skit ikut tingkap, apa benda yg memekak pagi2 ni?? Kot-kot la kereta saya dah menghalang kereta sesape nak keluar ke. Mengganggu fokus saya je utk menyapu krim Oil Of Olay ke seluruh wajah ku yg jelita itewwww... Pastu saya nampak seorang jiran saya berkata dgn nada marah ,"baru je tinggal sekejap, dah hilang. Benda tu pon nak curi", pastu saya abaikan je la... Tak amik port la saya kalo hal2 mcm tu. Then sepanjang saya bersiap tu, saya masih dgr dia marah "Memang babi betui la..", "Dasar babi!", "Babi", "Babi" dan "Babi" dan perkataan 'babi' tu diulang dlm kekerapan 30 kali dalam masa seminit. Arghhh... Rimasnya saya dgn pakcik ni. Sehinggakan sewaktu saya kelua

Kasih Yang Tak Dianggap

Dinyanyikan oleh Armada yang dahulunya dikenali sebagai Kertas. "Aku mentari... Tapi tak menghangatkan mu Aku pelangi.... Tak memberi warna di hidup mu Aku sang bulan.... Tak menerangi malam mu Akulah bintang ..... Yang hilang ditelan kegelapan" Selalu, itu yang kau ucapkan padaku.... Sebagai kekasih yang tak dianggap Aku hanya bisa mencuba mengalah Menahan setiap amarah Aku sang bulan.... Tak menerangi malammu Akulah bintang ..... Yang hilang ditelan kegelapan.. Sebagai kekasih yang tak dianggap Aku hanya bisa mencuba mengalah Menahan setiap amarah Sebagai kekasih yang tak dianggap Aku hanya bisa, mencuba bersabar, Kuyakin kau kan berubah...... Thanks to En Apit Crab yg mengemailkan lagu ini kepada saya satu masa dahulu [semasa beliau masih single].

Saya Sakit Perut

Sejahteralah ke atas kamu yg membaca blog ini..... Sejak jam 2 pagi semalam[Isnin], saya sakit perut, cirit birit. Ntah la apa yg saya dah makan yg menyebabkan sakit tersebut. Mcm biasa, biler dah sakit perut sbb cirit birit, kepala otak akan flashback menu yg dimakan dlm masa 24 jam sebelum itu. Pagi Ahad : Mkn 2 slices Blueberry Cheese cake yg dibuat dgn penuh kasih sayang oleh En Noah, khas untuk saya . Tghr Ahad : Hajat di hati nak pegi beli nasik, tapi kedai nasik, tutup plak, maka jumpa kedai keropok, beli keropok RM1 ajer. [Pemilik gerai = org Indon]. Petang Ahad : Memandangkan saya pemalas nak masak, maka saya order McDonald delivery utk mengorder Ayam Goreng Mekdi Spicy, bersama air Ribena tanpa ais, Apple Pie dan McFlurry Oreo. Itu sahaja... Jam 2 pagi, sakit perut. Gi memerut. Jam 6.50 pagi, masih sakit perut dan rasa nak muntah, tapi tak muntah. Perut memulas, mcm ader gas metana nak meletus dari perut saya. Sampai sakit kepala saya sbb gas tersebut taknak keluar dari perut

Kuceng, Balas Budi dan Adab Depan Boss

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini..... Kuceng Cuba kamu bayangkan, kamu jumpa anak kucing yg kesian, tgh kesejukan selepas jatuh dalam longkang. Bulu dah lencun. [Alaa... Yang mcm dlm iklan sabun kat TV tu. Heheh...]. Pastu kamu bawa kuceng itu pulang ke rumah, bersihkan bulu beliau, beri beliau makan, dan pelihara beliau dgn penuh kasih sayang. Kamu sediakan bakul yang ada cadar satin utk cuceng tu. Beri makan nasik lauk ikan, kadang2 lauk ketam, kdg2 udang, kdg2 sotong. Sekali sekala time malas nak gaul nasik, kamu beri beliau makan Friskies, supaya bulu beliau bersinar. Kamu mandikan cuceng tu supaya beliau wangi, cuci telinga beliau supaya takder taik tinger, bersihkan bulu beliau kot2 ada kutu Si Khin yg melekat kat bulu beliau serta manjakan beliau dgn penuh perhatian. Akhirnya bila beliau dah besar, beliau berak merata2. Kamu ajar beliau berak dlm jamban, beliau berak kat atas ceiling. Kamu beri beliau makan, beliau masih mencuri dari bawah tudung saji. Kadang2 sia

Funny Stuffs! Come And See!

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini.... Memandangkan saya tak ada idea nak citer apa malam ni, tapi gedik jugak nak post new entry... Maka, saya cuma mampu berkongsi gmbr-gmbr menarik yg saya cilok dari blog org. Wakakakaka... Gambar 1 . Ada 1 kedai bakery kat Crotia yg kedai dia asyik kena pecah dek pencuri je. Last² skali dia bengang sangat, dia letak gmbr Chuck Norris kat cermin kedai dia. Konon² mcm Chuck Norris sedang melindungi kedai dia. Yang penting, lepas dia tepet gmbr tu, selamat kedai dia. Takder org pecah masuk sampai le sekarang... Cayalah Chuck Norris! Ni mesti sbb pencuri tu rasa rendah diri sbb Chuck Norris ader bulu dada sedangkan dierang takder... Kwang2. Gambar 2 Sign ni maksud dia lebih kurang gini; "Woi...Takyah mengada-ngada nak masuk dlm ni. Kalo ko tak mati sebab jatuh tergolek dog kat dlm ni, ko mungkin akan mati jugak sbb kena baham boyer. Lu pikir la sendiri... "[setelah dialihbahasa ke bahasa Melayu Pasar{Pasaraya Kitasama, Jln Alor

Crocs Menghina Allah? Fikir Dulu.....

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini.... Wah... Kecoh betul pasal isu Crocs menghina Allah ni. Sebelum saya teruskan, saya ingin bertanya kamu... Katakan kamu nak jual 1 produk baru yg kamu cipta, dan kamu masih belum bagi jenama utk produk tu. Katakan produk yg kamu nak jual tu ialah kasut. Kamu mencari-cari nama yg ideal untuk diberikan kepada produk ciptaan kamu itu. Adakah kamu, akan berfikir begini; "Ermm... Nama apa aku nak bagi kat kasut ni yer... Haaaaa.... memandangkan aku benci Yahudi... apa kata aku bagi nama kasut ni 'Yahudi'. Biar nnt bila org lain pakai, dierang pijak2 je Yahudi ni kat bawah kaki dierang. Sbb Yahudi mmg hina lagi menghinakan. Owwh.. Tapi... aku tak boleh tunjukkan sangat. Jadi, apakata aku tukar nama tu jadi Keladi, pastu logo dia nnt, aku selitkan perkataan 'Yahudi' tapi secara tersembunyi...Yes!!!! Aku bijak. Biar Org-org Yahudi yg pakai kasut ni tak sedar yg mereka sedang pijak bangsa mereka sendiri." Atau pon, masa

Ni Semua Nafsu Serakah La Punyer Pasal

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini.... Mentang-mentang la aku pose, nampak gambar background yang ader efek kesan titis-titis air kat blog aku ni pon aku terliur. Ishh... Tak senonoh pompuan ni. Tadi, masa tgh buat discussion penting dgn Org Kg Baru, aku berdiri kat seblah dia, pastu perut aku bunyi, kuat sampai Org Kg Baru bleh dgr. Pastu dia cakap 'Hah..perut ko bunyi'. Aku pon dgn pnatasnya mengcover line dgn muka tenang dan cool, 'Ha ah.. aku pose ni.'. Padahal aku dah malu nak mamposs... Wakakaka.. Kantoi. Wat malu aku jek.

Transformation : Positive To Negative, You Decide..

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini.... Benar, dulu saya bukan begini. Dulu saya seorang yg sangat patuh pada perintah Allah. Saya menjaga aurat saya dgn baik. Pakaian saya semua labuh dan longgar. Tudung kepala saya juga dilabuhkan menutup dada. Al-Quran adalah bacaan saya setiap Subuh dan Maghrib.Saya tidak mengenakan sebarang mekap di muka saya kerana bagi saya, tanggapan manusia tidak penting. Hanya penerimaan Allah terhadap saya, itu sahaja yang penting. Ya Allah, saya telah tersesat. Semakin hari saya kurangkan amalan saya sedikit demi sedikit. Sepatutnya bertambah. Tetapi semakin kurang. Saya semakin jauh dari Allah. Saya meringan-ringankan perintah Allah demi memberatkan perintah hati sendiri... Semasa saya di dalam kesesatan, pernah terbentang jalan peringatan dgn cara lembut dari Allah untuk membawa saya kembali ke jalan-Nya, peluang untuk mendekatkan diri dgn kalam-Nya, namun saya berpaling. Saya merasakan bahawa 'saya tak perlukan semua ini, kerana apa yg s

F.O.B.I.A

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini.... Petikan daripada surat kabar Metro [ish dia ni.. baca Metro lagi].. : Ramlah Ram Fail Cerai KUALA LUMPUR: “Saya akui kami dalam proses perceraian. Sebenarnya sudah puas saya mempertahankan rumah tangga yang dibina bersama suami (Kamal Roslim) sejak 10 tahun lalu namun apakan daya kami tidak sefahaman lagi dan tanpa sefahaman kami tidak boleh hidup bersama. [+] 10 tahun dia bertahan. Erm... Nak buat mcmn kan?

Perkara Yang Paling..............

Merimaskan aku : Bila tiap-tiap hari aku bermimpikan org yang sama yang dah takder kena-mengena dgn hidop aku walaupun aku tak pikirkan tentang dia pon. Seolah2 mcm tak bagi aku lupa dia. Mesti nak muncul dlm hidop aku wp dlm mimpi. Rasa mcm nak je bgtau dia "Woii... Tolong la, jgn menyebuk dlm mimpi aku bleh tak?? Aku rasa mcm hidup aku tercemar sbb image ko termasuk dlm mimpi aku". Grrr.... Bosan giler aku rasa. Kalo mimpi pasal 'Si Cute Sangat' tu takper la jugak. Baru bersemangat skit nak bangun pagi2 pegi keja. Aku tak boleh tolak : Coklat. Cheesecakes. Chocolate cheesecakes. Cakes. Cakes. Dark chocolate [paling suka]. Malas : Berpatah balik. Tak kira apa pon. Contohnya : Aku malas nak patah balik ofis utk amik henfon tertinggal, aku bosan kena buat semula kerja aku sbb nak betulkan error yg kecik [generate data report].Aku bosan kalo kena masuk rumah semula bile dah siap2 kunci pintu, gril, sebab lupa nak tutup lampu. Mengkagumkan aku : Bila member seblah meja

Adakah Kurang Sopan Kalo Terdengar?

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini..... Tips bulan ini; Biadap atau tidak jika anda mendengar perbualan orang lain? Jawapannya : Ya... dan tidak... Kalau kamu sedang duduk di tempat kamu. Tiba-tiba ada seseorang menjawab panggilan telefon di meja sebelah kamu dan bercerita dgn sekuat-kuat petir dan kamu tidak dapat tidak daripada mendengar setiap bicara yang dikatakan beliau... MAKA, itu tidak salah. Sudah tentu kamu manusia biasa. Dah tu kalau orang tu bercakap kuat sangat, walaupun kamu dah tutup telinga guna kertas Double A yg digentel jadi bulat pun masih lagi dengar, jadi itu bukan salah kamu la. Siapa suruh orang tu bercakap kuat -kuat? Kdg2 dlm dilemma jugakan? Bila kita memang tak hingin nak tau hal dia, tapi dia cerita kuat gila. Sampai nak tercabut gigi dia, punya le kuat dia bercakap. Dah tu, kita tak boleh buat apa2 la. Terpaksa la dengar cerita dia walaupun kita langsung tak minat nak dengar. TAPI, menjadi kesalahan pula jika perbualan itu sangat perlahan dan

Terror? Terrorist? Terrer?

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini..... "Wahhhhh..... Terror la ko ni... Buleh taip blog sambil makan nasik" atau "Hullamakkk, ko dapat markah penuh la.. 100% ni.. Terror nyer.." Well , semua org tau maksud 'terror' tu = ganas ye tak? Tapi ngape orang-orang Melayu kat Malaysia ni biasanya guna perkataan 'terror' ni utk puji org? Kalo saya alihbahasakan ayat2 di atas tu ke bahasa Melayu sepenuhnya akan jadi mcm ni; "Wahhhhh..... Ganas la ko ni... Buleh taip blog sambil makan nasik" atau "Hullamakkk, ko dapat markah penuh la.. 100% ni.. ganas nyer.." Mender yang ganasnya taip blog sambil makan nasik? Dah tu, dpt markah 100% tu masuk dlm kategori ganas gak ke? Huhu. Mana datang perkataan terror ni utk memuji org? Masa saya gi English Course 6 bulan pada satu zaman dolu-dolu, lecturer saya penah gak membangkitkan kepada kami tentang perkara ni. [ Lecturer saya ni dah meninggal dah, nama beliau Puan Rokiah. Sbb sakit stro

Apa Yang Tersirat? Baca La Dan Fikir Sama-sama

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini.... Salah satu filem Hollywood yang sangat saya suka ialah The Lord Of The Ring Trilogy[LOTR]. Filem ni, sinematografi* nya SUNGGUH bagus. Dan scenary background dlm filem ini adalah SUNGGUH cantik. Terkagum sebentar. Dari aspek seni lantak la kan. Janji saya tgk dan nampak cantik pun dah cukup. Dan yang paling penting, ialah watak Legolas [orang bunian atau elf ] yang dimainkan oleh Orlando Bloom. Dgr citer Orlando Bloom ni gay. Betul ke? Ish..ish..ish.. Ikut suka dia la. Bukan jiran saya pon. Heheh. Legolas mmg cute sgt. Terutamanya bila dia tgh berperang dan menggunakan skill memanah dia dgn begitu... ooooh la la... [Miang nyer pompuan ni, tolong larr... heheh..] Saya baru je habis tgk 2 dari 3 siri filem LOTR iaitu The Fellowship of The Ring[1] dan juga The Two Towers[2] . Return Of The King[3] , cencadangnya nak tgk esok. Kalo tgk movie ni, watak raja segala kejahatan dalam movie ni ialah Sauron. Saper2 nak berkenalan, nak amik dia

Saya Benci Lelaki!

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini.... Wah... Kontroversi jugak tajuk artikel ni. Jangan salah faham. Bukan saya yang benci lelaki. Saya masih suka lelaki. Terutamanya yang hensem dan stylo. Ceh.. Hehehe... Saya sebenarnya tak faham dgn kaum terbitan yang asalnya dilahirkan sebagai perempuan dan bila dah besar, dia tukar jantina jadi 'pengkid'. Ok la, saya faham dgn 'hak masing-masing'. Ikut suka dia la nak buat apa pon, janji dia tak kacau saya. Tapi yang kelakarnya... alasan makhluk2 ni utk jadi begini biasanya sama je. "Saya benci lelaki, jadi saya ubah penampilan saya supaya kelihatan seperti lelaki". Wakakakakakakakaka.... Kelakar.. Kelakar. Seolah-olah mcm "saya benci tengok muka Fasha Sandha lalu saya buat pembedahan plastik menyerupai wajah dia". Crazy.... Bukan ke kalo kita bencikan sesuatu atau seseorang, kita akan lagi nak mengelakkan diri daripada terlibat dgn mereka? Memang la, saya tak boleh buat penilaian terhadap mereka.