Iklan! Iklan! Sila Click!

30 April 2010

Extra Dry Skin? Kulit Terlampau Kering?

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ku ini....

Saya mmg tidak mengenali diri saya sendiri. Owwhh... Bukannya langsung tak mengenali la... Cuma agak lambat utk saya mengenali diri sendiri. Dah berpuluh tahun hidup kat dunia ni, baru saya tau saya alergi dgn udang. Itu pon lepas saya buat uji kaji kat diri saya sendiri. Cuma alergi saya tidaklah begitu kronik sampai mata merah berair-air atau rasa sesak nafas bila makan udang. Alergi saya cuma setakat gatal² kulit jek. Tambahan lagi kulit saya memang jenis yang extra dry. Jadi, biler dah gatal sebab makan udang, then saya garu, kulit saya luka. Gatal ni bukan rasa gatal yang biasa² mcm kena gigit nyamuk tuh... Tapi gatal yang mcm nak garu guna berus dawai.

Pastu saya agak pelik, kenapa bila kulit saya gatal lepas makan udang, lambat plak hilang. Saya dapatkan nasihat doktor [Dr. Norbaya], kemudian dia tanya saya, sabun apa yang saya pakai. Masa tu saya pakai Ph 5.5 dari Jonhson & Jonhson. Dan Dr Norbaya nasihatkan saya supaya berhenti pakai sabun² yang berbentuk cream macam tu. Dan dia suh saya cuba sabun 'Oilatum'. Sabun ni untuk kulit kering. Rupa-rupanya, selain dari alergi udang, saya juga alergi dgn sabun. Cacat betul. Dah tua bangka camni baru nak tau. Tah hapa².


Esoknyer jgk saya pegi beli sabun tu kat farmasi. Sabun tu harga dia RM14.90.


Oleh sebab saya tamak haloba, saya beli satu lagi sabun yang diletakkan sebelah sabun Oilatum kat rak farmasi tu, iaitu Oilum. Pun untuk kulit kering. Oilum ni murah skit. RM10.20.


Saya pakai 2-2 sekali. Kadang² pakai Oilum, kadang² Oilatum. Kedua-duanya ada kelebihan sendiri.
Sabun Oilum berwarna putih dan mcm creamy skit. Tapi dia cepat habis, sbb sabun tu lembik biler kena air. Kulit pun macam jadik halus dan lembab sepanjang hari.

Sabun Oilatum plak, keras skit. Sabun tu warna oren. Tahan lama[lambat habis] tapi tak melembutkan kulit.

Yang penting, kedua-duanya sangat berkesan utk melegakan kulit gatal dan kering. [Kalo tak hilang gak gatal² kulit tu, maybe diri ko sendiri yang gatal la kot]. Hehehe...


Ok.... Itu sahaja utk promote produk kali ini. Terima kasih kerana membaca. See you later alligator...

Masalah Rambut Berminyak? Syampu Yang Sesuai?

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ku ini......

Entry@post ni adalah untuk orang² yang mengalami masalah rambut berminyak. Tapi orang² yang mempunyai rambut 'bersalji' atau 'mempunyai rambut ranting' juga boleh baca kalo sudi. Chey wahh... Syahdu semacam je ayat.

Biasanya orang yang berambut panjang la yang selalu ada masalah rambut berminyak ni. Minyak tu, kalo perah dari rambut tu, bleh dpt setin marjerin Daisy, then bleh buat kek, tapi biler buat kek, kek tak gebu... Eeii.. Loya plak saya. [Buat kek guna minyak yg perah dari rambut. Bluwekk...]

Kalo dah rambut kamu jenis yang berminyak, walaupon baru jek sehari syampu rambut... Rambut dah berminyak semula. Rambut jadi berat, melekap kat kulit kepala. Bau pon ala² mcm kambeng's armpit. Lagi² org yang bertudung. Mesti mcm stress nak cuci rambut selalu² sgt. Nak keringkan lagi. Rambut gugur plak tu masa keringkan rambut.

Jadi, bagi org² yang mengalami masalah rambut berminyak ni, saya sgt mengesyorkan produk dari Schwarzkopf - Bonacure Hair Theraphy [Moisture Kick atau dalam bahasa melayu nyer 'tendang kelembapan']. Hahaha ~lawak ah tu konon.

Syampu ni harganya dalam lingkungan RM50-RM59. *Saya dah luper harga tepatnyer. Sbb saya dah kertu. Tapi tak sampai RM60 la*. Dan rambut kamu pasti akan kekal tidak berminyak dlm jangka masa yang lama, walaupun memakai tudung. [Lama tu maksudnyer, biler tiba masa utk syampu rambut semula, rambut kamu masih lagi dlm keadaan elok, tidak berminyak.] Cayo la cakap den. Takdo maknonyo den nak monipu ekau.

Best syampu ni... Cuma yg agak kurang best ialah bau dia yang agak sengit. Tapi apa susah. Time syampu rambut, bukannya kamu bernafas guna hidung kan? Bernafas guna mulut kan? So, tak la susah sgt nak hadapi masalah tu. Hehehe.... Jadi, bleh beli la kalo nak cuba pakai syampu ni. Kat mana nak cari? Yang saya tau, kat salon rambut biasanya ader. Saya beli kat Derrick and Team*[salon milik bersama Misha Omar]. So, itu sahaja buat kali ini. Babai nyahhh.... Auuww...

29 April 2010

Potensi Diri Melalui Tarikh Lahir

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini....

Ada sorang sahabat saya yang dah pegi Bengkel Mengenali Potensi Diri Melalui Tarikh Lahir yang dipengerusikan oleh Dr Azizan Salim [pakar motibasi]. Dia kata best. Saya pon tak tau le best ke tak. Tapi saya sempat gak paksa dia kira potensi diri saya. [Sepatutnya macam tak boleh bocorkan rahsia kot. Tapi dia nak lari mana kalo saya dah pandang dia terkebil² mcm kuceng dlm citer Shrek]. Nak ke tak nak, dia bukan ader pilihan, melainkan kena buat pengiraan tu jugak kat saya. Ngee... Tak senonoh betul paksa² org.


Saya tgk dia kira tarikh lahir saya... Ader dua jenis pengiraan. Yang pertama potensi diri. No saya 5-5-1. Saya pon tak hafal semua. Tapi lebih kurangnya daripada nota yang saya baca dlm buku dia, saya ni dikategorikan sbg org yang 'biler bercakap, kata² saya bleh pengaruhi org'. Saya kreatif. Tapi mulut laser. Saya boros. Kuat cemburu. Rasa seksi[atau lebih tepat, perasan seksi, tapi sakai. muehehehe]. Born to be a leader[well, my name pun 'Lead' huhu]. Moody. Byk plan. Suka merancang. DAN.... Yang paling penting.... Saya ni sesuai jadi artis atau pelakon atau penulis. Heheheh.... [Pembaca berita? Lebih kurang artis la kan? Hahaha].

Pastu pengiraan yang kedua... err.. saya dah lupa. Heheh... Sbb saya tak berapa fokus sgt dgn nota dia tu. Kehkeh..

Kesimpulannyer, saya rasa saya ni born to be a public figure. Tapi kategori yang tak menjadi. Contoh kalo buat album, album hanya laku 200 copies je. Tu pon yang saya bagi free kat kawan² rapat dan keluarga[yang belum tentu dierang nak dgr]. Kalo berlakon plak, sesuai jadi watak pasu munge je, mcm 'kwn baik kepada 'adik' heroin' atau 'jiran seblah umah mak mentua hero yang bertegur sapa masa tgh siram pokok puding kat laman umah'. Hehehe... Kalo baca berita plak, maybe baca berita laporan kaji cuaca, atau jadi wartawan yang tetiba kena pegi buat liputan kawasan banjir kat Sungai Lembing[tu pun sbb kebetulan je ader kat kampung, so company nak jimat kos, suh aku je buat liputan.]. Hahahaha.... Dan kalo jadi penulis... jadi la penulis blog yang followernyer cuma ader 6 org. Setakat tu je la potensi diri saya....

Masihkah Kau Ingat??!!

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini.....

Kamu ingat lagi tak masa kamu kecik² dulu? Lepas balik skolah, makan nasik kat umah pastu pegi mengaji [atau skolah agama petang], dan lepas mengaji... yeehuuu.... Dunia ini aku yang punyaaaa..... Bleh pegi main, sampai nak masuk waktu maghrib, hilang tah ke mana. Balik² umah badan dah comot. Waktu tu, seolah-olah kita main 'semua benda dlm dunia ni'. Bukan fikir bahaya atau mudarat. Tapi segala puji bagi Allah, kita masih selamat kan? Masih hidup sampai ke hari ini.

Faham tak point yang saya cuba nak sampaikan di sini? Haaaa...... Maksud saya... Kita sedar tak, betapa selamatnya dunia, bumi, tanah tumpah darah kita ni pada zaman kita kecik² dulu? Mak ayah kita mana ader risau kita nak pergi berkubang kat mana pun. Asalkan balik umah sebelum waktu senja. Betul tak?

Tapi cuba tgk zaman sekarang. Zaman anak² kita membesar ni[bagi sesiapa yang ada anak la. Kalo takder anak, bleh la amik contoh kat anak buah ke, anak jiran ke]. Selamat tak? Tak kira, kat bandar ke kat kampung... Sama je. Bahayanya sama je. Mcm² kes dah terjadi. Malas je nak ungkit kat sini. Sbb byk sgt. Tak terkata dah.

Dan kalo skrg pun dah bahaya macam ni.... 10 tahun dari skrg? 15 thn dari sekarang? Mcmn plak? Mesti lagi terukkan? Soalan saya... apa tindakan kita?

28 April 2010

Dia Buat Perangai Lagi... Lalalalalala....

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini.....


Pagi ni, baru jer kuar dr simpang umah, saya mcm dpt dengar bunyi gegar semacam kat boot keta. Errm... Walaupon tak tgk, saya dah tau dah. Ni mesti tayar pancit lagi ni. Dlm otak saya masa tu; blur. Saya terus je bagi signal masuk Petronas [kat seblah umah saya]. Tgk2, mmg tepat skali tekaan anda Salida! Tayar anda pancit. Tahniah! Anda akan kehilangan wang tunai sebanyak RM150 lagi bulan ini. Yeahhh....

Tayar yang sama. Rupa pancit yang sama. Dulu dah penah jadi skali. Cuma tak amik gmbr je kali ni.

Skrg ni, emosi saya dah imun dgn tayar pancit. Hehehehe... Sbb selalu sgt. Saya rasa keta saya ni ader 'saka' la... Asyik problem jek. Tapi masalah tayar adalah yg paling banyak terjadi. Maybe 'saka tayar'... kwang2.



Alhamdulillah. Dgn bantuan seorang lelaki yang lalu kat situ, tayar telah ditukar dgn tayar spare. Pantas jugak dia buat keja. Nak byr kat org tu. Tapi dia tak nak. Terus jek lari. Sempat ucap mekasih jek.

Masalah : Selesai.
Status kahadiran : Lewat. 8.40am baru sampai ofis.

27 April 2010

4 Of 9 Annoying People On Facebook

Jgn marah aku kalo terkena ek? Ni aku dpt dari email forward. Kekekeke... [Thanks to Cik Atul yang memforward];






5 Of 9 Annoying People On Facebook

Sambungan.....





Lyric Lagu... Tanpa - The Sixth Sense

Resah yang kuubah dalam kata
Melukiskan kesunyian
Tanpa engkau aku tak mengerti

Meski... pagi itu indah tapi
Akan sunyi tanpamu menemani aku sepi

Chorus :
Tanpa.. Cintamu aku resah
Tanpa.. Kasihmu aku hampa
Tanpa.. Dirimu aku mati hoowoowoo…
Ulang 2x

Kini benar-benarku rasakan
Dalam relung hatiku tanpamu
Aku tak mengerti
Takut.. Takut jauh dari dirimu
Dan kau tinggalkan aku sendiri
Tanpamu ku mati
Howoo hoo wooo...

Resah yang ku
Ubah dalam kata
Melukiskan kesunyian
Tanpa engkau aku tak mengerti....



Lagu ni... Kalo untuk Tuhan, takper la.. Tapi kalo ditujukan untuk manusia... Erm... Agak rosak akidah la... Heheheheh.... Hidup ni bukan untuk seorang manusia semata-mata. Jgn la sampai mati kalo org tu takder. Tapi penulis lirik ni mungkin maksudkan 'mati' tu = mati hati nyer... Tu pon bahaya gaks... Kalo mati hati, kena dibacakan Surah Yasin utk mereka.


Apa-apa pun, pada pendapat personal saya; Lagu yang baik mesti kena ader lirik yang bermakna dan tidak terlalu memuja manusia [sampai seolah-olah manusia tu lagi penting dari tuhan] diiringi plak oleh alunan muzik yang boleh layanzzzzz.

Adakah anda menjalankan perniagaan MLM tetapi tidak berjaya

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini....

Err.... Kehkeh.... Kawan2, kat bawah ni adalah kata Jutawan Internet kita, Irfan Khairi. [huhu...nampak sgt aku takder idea nak tulis blog hari ni.. ngeeeee]

Internet adalah medium yang boleh digunakan untuk berbagai-bagai jenis model perniagaan. Perniagaan menjual produk, menjual perkhidmatan, menjual informasi, membuat lelongan (seperti ebay), dan berbagai-bagai model perniagaan lagi.

Salah satu model perniagaan yang amat popular di Malaysia, adalah MLM, ataupun perniagaan berangkai. Namun begitu, sering saya mendengar keluhan daripada mereka yang menyertai perniagaan berangkai mengatakan bahawa ianya amat sukar mendapatkan pelanggan atau downline melalui Internet.

Berbagai-bagai cara telah digunakan, tetapi, amat sukar untuk mendapatkan downline. Mengapa ianya terjadi?

Jawapannya adalah, kebanyakan, 99% mereka yang menjalankan perniagaan MLM melalui Internet (tidak kira menyertai syarikat jualan langsung apa pun) melakukannya dengan cara yang SALAH! Apabila melakukanya (terutamanya promosi) dengan cara yang salah, maka, pastinya ia menjadi tidak efektif dan tiada (atau amat kurang) downline yang anda dapat.

Masalahnya, tidak ramai yang tahu kaedah sebenar mendapatkan downline melalui Internet. Empat perkara penting dalam menjayakan perniagaan MLM melalui Internet adalah:

1. Cara membina kredibiliti
2. Strategi membina keyakinan prospek
3. Promosi yang paling efektif dan terbaik khas untuk menambahkan downline
4. Sistem yang terbukti berjaya yang boleh diduplikasikan oleh downline dengan mudah

Sekiranya anda menjalankan perniagaan MLM atau perniagaan berangkai, dan keputusan yang anda perolehi tidak seperti yang anda harapkan, berhenti! oleh kerana anda membuangkan masa, wang dan tenaga anda pada kaedah dan strategi yang tidak efektif.

Pada hari Ahad ini 2hb May 2010, saya akan mengadakan workshop mini (terhad kepada kumpulan yang kecil) khas bagi mereka yang menjalankan perniagaan MLM dan ingin menggunakan Internet untuk menambahkan lagi bilangan pelanggan dan downline. Tidak kira perniagaan MLM apa pun yang anda lakukan, workshop mini ini akan memberi kaedah, teknik dan petua yang terbukti amat efektif dan praktikal untuk anda aplikasi kan pada perniagaan anda.

Workshop Mini Lipat Ganda MLM akan memberi strategi terbaik bagaimana anda boleh melipat kali gandakan keuntungan perniagaan MLM anda.

Irfan Khairi
Kuala Lumpur


Workshop Mini Lipat Ganda MLM

Oleh: Irfan Khairi
Vistana Hotel, Kuala Lumpur

Ahad 2hb May 2010

Masa: 9.00pagi - 1.00 petang



Sila click link di bawah ini untuk maklumat lanjut;

26 April 2010

Tips Fesyen : Formal/Urusan Rasmi

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini....


Tips fesyen untuk acara rasmi atau formal;


1. Pakaian rasmi anda perlu nampak se'profesional' yang boleh, tak kira betapa muda dan comelnya anda. Sila elakkan SEMUA aksesori yang boleh beri gambaran 'eh, kiutnyer budak tu'. Contohnya kalo dah pakai suit mahal, dgn blouse/kemeja yang sesuai, tetiba kat rambut ader plak sepit rambut Hello Kitty[contoh bagi pompuan], atau pakai snow cap, rainbow color plak lagik [contoh bagi lelaki, ya ak awww... ~rappers la konon].

2. Serahkan tugas menggosok pakaian rasmi anda [blazer, seluar panjang atau suit] kepada mereka yang pakar [kedai dobi]. Kalo degil jugak nak buat sendiri, pastikan anda menggunakan kain linen atau 'cotton ironing cloth' untuk dilapikkan dipermukaan pakaian anda semasa menggosok pakaian tersebut. Tujuannya? Supaya seterika anda yang panas tu, tak meninggalkan kesan 'kilatan' pada suit mahal anda. Huhu... Syg wei....

3. Jangan masukkan barangan berat di dalam poket blazer anda. Walaupun blazer atau jaket suit mmg biasanya disediakan dengan poket, TETAPI..... itu tidak bermakna, anda boleh jadikan poket tu sebagai 'poket doraemon' peribadi anda. Poket blazer tu disediakan utk hiasan semata2. Kalo setakat nak letak name card, boleh la. Ni, kalo purse, kunci keta, henpon dan lipstik pon nak sumbat dlm tu... Euwww... Buruk... buruk... Nanti baju anda akan nampak berat dan melabuh pastu org ingat ader anak kangaroo plak dlm poket tuh.


4. Anda akan kelihatan 'kureng' jika anda biarkan tangan kiri anda di dalam poket semasa bersalaman dgn orang lain di dalam majlis rasmi. So, jgn sorok tgn kiri yer... Masa sedekah je bleh sorok tangan kiri ok? Hehehe.

5. Secara tidak sengaja, anda telah menumpahkan air dlm cawan semasa mesyuarat penting. Bagaimanapun, anda tidak perlu membuat reaksi yang bleh menambahkan lagi drama malu tersebut. Buat relax je. Tenang2. Kalo baju anda yang dah terkena air, lap je terus dgn sapu tangan atau tisu perlahan-lahan. Kalo air tu dah terpercik kena org lain, minta maaf kat org tu dan nak nampak lagi polite, offer kat dia utk hantar baju dia utk dry cleaning. [Make sure offer dia biler dah abih meeting le. Jgn plak time dlm meeting tu la nak mintak maaf ala2 org Jepun pastu ulang byk2 kali, then merayu2 nak tolong dia cuci... takyah... nak ckp, ckp je slow2 lepas abih meeting.]

6. Jangan menggaru-garu semasa dalam meeting, atau majlis rasmi. Tak kira betapa gatal atau miangnya salah satu anggota badan anda; kaki ke, tangan ke, muka ke atau kulit kepala atau kata mana2 je bahagian badan anda, menggaru-garu sewaktu tgh meeting adalah TABOO*. So, tahan je... Kalo tak tahan gatal sgt, menikoh jek. Hehehe. Acah jek... Kalo tak tahan sgt pun, kena tahan jugak. Takpun, bleh guna kawalan minda, hypnosis diri sendiri utk hilangkan kegatalan tu.

Demikian sahaja tips fesyen dari saya. Owhh... ini bukan rekaan saya. Tips ini dirujuk dari buku hasil karya 'Dumont Monte' bertajuk 365 Style And Fashion Tips. Saya dah alihbahasa menggunakan suara Sin-Chan utk semua tips di atas. See ya for the next tips. Ta~ta~.

22 April 2010

Ada Lagi Yang Lebih Teruk


Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini....

Tadi, jam 8 mlm saya dah ngadap TV semata-mata nak tgk Buletin Utama. Pastu dah 15minit asyik kuar berita pasal pilihanraya kecil Hulu Selangor je, fitnah sana, fitnah sini, janji palsu sana, janji palsu sini, saya pon apa lagi... tukar channel la terus. Lebih baik saya tgk 'Halimah Jongang The Series' kat Astro Prima. Takder lagi rasa mual, no more serabut otak.

Baru seminit tgk Halimah Jongang, iklan plak. Saya tukar² channel, last skali sampai le ke Hallmark Channel [702], rancangan Oprah sedang disiarkan. Terus jari-jemari salidasunshine ni terberhenti daripada menekan remote.

Yang sebenarnya, saya menyampah tgk Oprah tu. Sbb dia suka menyampok biler ahli panel dia tgh bercerita. Rasa macam nak menyirap je biler kita tgh fokus nak dgr jwpn ahli panel dia, tetiba dia mencelah dgn pendapat personal dia... EEiiii.... Grrrr.... [Maroh ni!].

Mujurlah waktu saya tukar channel tu, rancangan tu sedang tayangkan visual tentang kisah benar yang terjadi pada sebuah keluarga kat Amerika Syarikat [Limited By Guarantee.. ngeh..ngeh... org SSM mesti paham ni].

Kisahnyer mcm ni.... Ada sepasang husband and wife ni, dierang ada 10 org anak.... pastu di suatu hari yang malang, dua-dua org ni kena tembak mati... Dlm rumah mereka. Daripada 10 org anak dierang tu, hanya SEORANG sahaja yang dah dewasa dan berkahwin... lagi 9 org, masih bwh umur [paling besar waktu tu 14 thn] dan kesemua mereka adalah kanak² istimewa. Ader 2,3 org down sindrom. Ada yang hyper-active, ada yang bila nak makan, hanya bleh masukkan terus ikut perut..... Dan lepas mak dierang mati, kakak dierang tu lah yang amik alih jaga adik² dia tuh bersama suami dia. [Takper, saya faham kamu memang nak tau siapa yang bunuh, dan kenapa... errmmm.. jawapannya, sampai skrg masih tak dpt tangkap siapa pembunuh tu].

Dan byk lagi kisah² manusia yang diuji dgn penderitaan yang lebih dahsyat daripada ini. Cuma, sama ada kita diberitahu atau tidak. Dan jika diberitahu, sama ada kita ingin mengambil pengajaran atau tidak.

Semua org dlm dunia ni ada masalah. Tak logik kalo ader org kata dia tak pernah ditimpa masalah. Ye dok? Sama ada kecik atau besar masalah tu, sama ada ringan atau berat, semuanya bergantung kepada org yang hadapi masalah tu, dan bergantung jugak macamana cara dia nak selesaikan.

Manusia ni, biler dia ada masalah, selalunya dia rasa dia la yg menerima ujian paling teruk dlm dunia ni. Pdhal dia tak sedar, MESTI ader yang lebih teruk lagi diuji oleh Tuhan.

Manakala, bagi yang bahagia, yang tidak berdepan dgn masalah... tolong jgn bongkak. Jangan lupa diri. Dan jangan ingat kebahagiaan tu tidak boleh ditarik kembali pada bila² masa.

Jadi, sambil menasihati diri saya sendiri.... Sahabat² yang membaca blog ini... Sama² la kita nilai diri sendiri. Betapa beruntungnya sesetengah drpd kita dan betapa bertuahnya kita... :). Assalamualaikum.

21 April 2010

Meh Fikirkan....................








Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini.....


Meh fikirkan... dengan sedalam-dalamnya, ayat² berikut;

Dan apa sahaja nikmat yang ada pada kamu, maka dari Allah-lah [datangnya], dan bila kamu ditimpa kemudharatan, maka hanya kepada-Nya lah kamu meminta pertolongan

Kemudian apabila Dia telah menghilangkan kemudharatan itu daripada kamu, tiba-tiba sebahagian daripada kamu mempersekutukan Tuhannya dengan [yang lain]
~ Surah An-Nahl, Ayat 53 & 54~

Kiter pernah dihadapkan dengan berbagai-bagai masalah, diuji dgn segala jenis tok kaduk kesusahan, kesedihan dan penghinaan. Sedangkan org² di sekeliling kita takkan faham apa rasanya kita menghadapi semua itu.

Saat itulah, setelah jauh melupakan Allah... Kita akan kembali sujud kepada Dia dan memohon pertolongan dari Dia. Dan Allah menerima kita semula. Dia bantu kita utk berdiri semula malah dengan lebih teguh lagi.

Tapi, apabila Allah telah melegakan hati kita, Dia telah hilangkan semua masalah itu, kita kembali melupakan-Nya.

Kalau dah namanya manusia kan? Allah dah tau dah sikap hamba-hamba-Nya. Sedangkan ayat-ayat ini telah diturunkan sebelum kita lahir ke dunia lagi. Tapi Allah sudah sedia dgn jawapannya untuk kita. Tidakkah kita mahu memikirkannya? Tidakkah kita mahu mengambil perhatian dgn kata-kata Allah?

:). Itu sahaja utk kali ini. Kembalilah ke jalan yang benar.......

20 April 2010

Bukan Semua Orang Tak Bertanggungjawab Seperti Kamu!

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini.....


Nak bercerita sikit. [Eh, sila²... Byk pun boleh. Bukan tak biasa pon ko taip panjang² dlm blog ni kan? kekeke]

Zaman belajar kat sebuah kolej swasta yang sungguh berprestij kat Kuantan dulu, pelajaran saya ditaja oleh sebuah institusi kewangan yang bernama MARIA*[bukan nama sebenar]. Ohh... perkataan ditaja tu mmg tak bleh blaaa. Bab² perasan + carik publisiti, memang aku no.3 [No.1 dah tentu PakNil. Kekekeke. No.2 plak Azwan Ali. Amboi-Amboi-Amboi]. Ditaja tu maksud saya, diberi pinjaman pelajaran aje.. hehehe. Saya bukan ler minah study yg dpt result gempak sampai pihak MARIA sudi nak taja saya . Kalo result SPM gempak sgt, dah tentu saya tak study kat kolej yang berprestij tu. Mestilah saya akan study di Korea Selatan. Dan buat 'drama' Korea saya sendiri kat sana.

Kemudian, bila dah abih belajar tahun 2001, saya masih belum bermula untuk byr pinjaman saya mengikut jadual yang ditetapkan. Dah tu... Bukannya saya kerja lagi masa tu. Tapi bukan juga dok melangut* je kat umah makan tanggung berak cangkung. Saya ni insan yang berguna jugak kadang², walaupun selalunyer saya lebih menjurus untuk menjadi insan yang tak berguna. Hehehe. Waktu-waktu menganggur ni, saya jadi guru ganti kat sebuah sekolah rendah kat kampung saya. Utk yang tidak tahu, ader beza antara guru ganti dan guru sandaran. Kalo guru ganti, tugas dia hanya mengganti cikgu sedia ader yang cuti bersalin [ganti cikgu beranak]. So, biasanyer guru ganti ni hanya 2 bulan jek. Guru sandaran plak tugasnyer utk isi kekosongan jawatan guru kat sesebuah sekolah sehingga guru sebenar ditempatkan di sekolah tu. So, guru sandaran biasanyer dpt mengajar kat skolah tu lama gak. Haaa.... mcm tu le lebih kurang. kekeke. [Ader tak cikgu yg baca blog ni? Skali kantoi plak saya menipu kat sini... :P]

Ok. Ringkaskan.. Thn 2004 saya dapat keja yg saya masih pegang sekarang. Dan mula byr loan. Tapi ntah canner, byrn loan MARIA yg saya tak byr sebelum tu, dah jadi tunggakan. Saya tulis surat ke Kawalan Kredit MARIA utk buat rayuan supaya boleh buat penjadualan semua utk byr hutang² tu. So, diluluskan.

Jadual baru ni, bagi tahun pertama = RM50/bulan, tahun 2 = RM100, tahun 3 = RM175 dan tahun ke 4 dan seterusnya = RM300 sebulan. Dlm masa 3 tahun naik sampai ke RM300?? Kenaikan gaji saya tiap2 tahun selama 3 thn pun tak sampai pun byk tuh. Dah la kena posting ke KL. Tapi saya buat kepala angin saya jek. Saya byr jek RM50 sebulan dlm jangka masa 3 thn tu. Tak ikut jadual pon.

Hasilnyer... Saya terima surat warning, surat merah, surat amaran dan notis 14 hari termasuk penjamin2 saya skali terima surat² tu, sbb tunggakan. Lepas dpt surat tu, terus saya malas nak bayar dah. Tp saya agak saspen la, sbb takut gak kang penjamin saya yg kena. Jadi saya pun pegi la pejabat MARIA, dgn bantuan kwn kepada suami kwn saya, saya takyah buat appointment utk jumpa dgn pegawai di bahagian kawalan kredit tuh. Bleh pegi jek, jumpa je, dan terus bgtau pegawai tu bhw saya nak buat penjadualan semua utk kali ke-2.

Owh... Dan jawapannyer dah tentu la tak boleh. Bla, bla, bla, bla... Tak boleh. Dan tetap tak boleh.

Yang saya agak marah, bila dia suh saya senaraikan perbelanjaan bulanan saya, dia bleh plak condemn saya dgn apa yg saya buat dgn duit gaji saya. Contohnyer sewa umah, saya ckp RM230, pastu dia bleh plak tanya, apsal tak carik umah sewa yg murah skit, yg kecik skit takpun kongsi dgn kawan² ke kongsi satu bilik 2 org. Erm.. Yang tu saya bleh tahan lagi. Then pasal Life Insurans saya, tu pon nak condemn, "apsal bleh beli life insurans? Sepatutnya utamakan utk selesaikan hutang MARIA ni dulu". Then pasal kereta saya plak. Dia tanya, "awk pakai kereta apa?". So saya jwb ler, Kenari jek.. 2nd hand plak tu. Pastu nak lagi komplen, knp saya beli kereta kalau tak mampu? Patutnye beli le keta kecik lagi. Kancil ke. Arrghhh... perlu ke saya ceritakan hal personal saya kat dia? Pdhal saya bukan kenal dia pun. Perlu ke saya citer details, kenapa saya beli keta tu, mcmn saya bleh beli keta tu... Eei... Stress betul saya dgn mamat tuh.

Dan yang paling buat saya sedih, biler dia pertikaikan kenapa saya beri duit pada mak abah saya. Dia tanya... awk ni anak sulung ke? So, saya jwb le bukan. Saya anak bukan anak Sulong. Saya anak Abdul Rahman. Cehh.. hehehe. Saya jwb saya anak bongsu. Pastu dia ckp "habis, takkan la adik-beradik awk yg lain tak bagi kat mak ayah awak". Saya sgt² sedih biler dia ckp mcm tu. Tak kira la kalau adik-beradik saya ader 30 org skali pon, dan walaupun setiap org daripada mereka beri mak abah saya RM4 juta pun, takkan saya tak boleh nak beri jugak kat mak abah saya? Saya pun nak jugak ambil bahagian wp pemberian saya bukan byk pun.

Kendian, mamat longkang tu sambung lagi "cuba la bincang dgn mak, mintak tolong mak setelkan kan. Cuba slow talk dgn mak, ckp elok², bgtau mak yang awk tak dpt nak bagi dia duit tiap2 bulan, sbb nak bayar hutang MARIA. I tell you, mak ni... walau camane pun, dia mesti paham masalah anak² dia. Dia mesti tak kisah punyer." Dan waktu tu, saya tak mampu nak jawab sbb airmata dah mula bergenang, walaupon waktu tu dlm kepala saya mcm² benda saya nak jawab, nak skolahkan skit mamat otak beku tuh, saya tak boleh nak kata apa² lagi waktu tu, takut saya menangis. [yeahh...right... i'm cengeng...so what? Wanna fight? kehkeh... ]

Senang nyer cara lelaki skrg selesaikan masalah yer? Apa-apa hal, carik mak. Skit² suh mak bayar. Tak cukup duit nak byr down-payment keta, mak bayar. Hutang keta tertunggak, suh mak setel. saya yg pompuan ni, bukan le tak penah langsung mintak tolong mak setelkan masalah. Tapi agak² la. Dah kertu macam ni, tenaga 4 kerat elok lagi, sihat Alhamdulillah, lelaki plak tuh, tak malu ke mintak tolong mak? Eii... Tak paham aku dgn mentaliti dia ni. Dah la kalo dia jenis yg selalu nyusahkan mak, takkan nak drag me skali utk nyusahkan mak saya plak? Mmg la mak abah saya tak kisah pasal duit² ni. Duit adik beradik saya yg lain bagi kt dierang pon lagi byk dari gaji bersih saya setiap bulan. Tapi salah ke kalo saya nak gembirakan mak abah saya? Dah la dari kecik menyusahkan mak abah, takkan dah besar pun nak sambung kontrak utk nyusahkan mak abah lagi? Grrr....

Mlm tu, oleh sbb sy buntu, saya pun dgn berat hati, call mak saya. Sy ikut la ajaran sesat mamat tu utk 'slow talk', 'ckp elok²', 'bincang dgn mak'. Dan seperti yang saya jangka, mak saya mmg la tak kisah. Dia siap gelak lagi. "Takper la... Tak kisah pon". Saya kata, mulai gaji bulan ni, masa balik kampung nanti, saya dah tak dpt bg mak duit. Aduhhh... Malunyer nak balik kampung. Tapi takper la... Dah terpaksa.

Pastu, Allah Maha Berkuasa.... Seminggu sebelum saya balik kampung, ader sorang kenalan rapat saya ingin memberi pnjaman kepada saya sebanyak RM5k di atas sebab² tertentu yg tak dpt saya ceritakan di sini. [Saya pernah tolong dia dulu, jadi dia nak balas balik]. Pinjaman tu plak, dia kata saya tak perlu risau bile nak bayar. Dan andaikata dia meninggal dunia, dia halalkan sahaja utk saya. Jadi, legalah saya. Sebab balik kampung tu, saya bleh hulurkan duit gaji saya pada mak dan abah... huuu... lega rasanya. Jadi, dpt la saya byr tunggakan loan MARIA saya dan dengan penuh dendam, saya pegi skali lagi pejabat MARIA, saya bwk duit tu semua dlm sampul surat, dan saya campak duit tu kat muka mamat yg menghasut saya untuk menyusahkan mak abah saya tu. Duit tu bertaburan ke udara, dan dia kutip duit tu dgn gelojohnyer... muahahahaha... [saya reka je cerita kutip duit tuh.]. Buat apa nak pegi lagi ke pejabat tu, saya transfer guna Maybank2u je la.

Jadi, secara tak langsung... Pengajaran daripada cerita ni,
1. Jgn beli keta kalo tak mampu;
2. Sewa umah kecik, kongsi satu bilik 2 org;
3. Jgn senang² je nak suh mak bapak selesaikan masalah;
4. Dan tentu Allah akan membantu kiter di waktu susah jika kiter berserah kepada-Nya.

* melangut = duduk saja² tak buat apa2 pun. Mcm berkubang seperti kerbau di dlm lumpur, bertenggek di pokok seperti munyit. Kekeke.

Sekian.

19 April 2010

Kemenangan Mereka

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini.....

Janganlah sekali-kali kamu terpedaya oleh kebebasan* orang-orang KAFIR bergerak di dalam negeri.

Itu hanyalah kesenangan sementara, kemudian tempat tinggal mereka adalah NERAKA JAHANNAM, dan jahannam itu adalah tempat seburuk-buruknya.

~ Surah Ali-'Imran, Ayat 196 & 197

*Kebebasan di sini bermaksud kelancaran dan kemajuan dalam perdagangan dan perusahaan mereka.


Kamu tau kebenaran ayat ini kan? Ayat ini bukan rekaan saya. Tapi adalah kata-kata Allah.

Hari ini, org-org kafir mmg sgt berjaya dalam hidup mereka. Mereka ada segala-galanya kat dunia ni. Kekayaan, kedudukan yang tinggi, kemahsyuran dan kebijaksaan. Kamu ader? Takder kan? Saya ni kadang2 mmg derhaka jugak. Sbb dlm hati saya selalu tertanya-tanya, kenapa dierang bleh berjaya? Apsal bukan saya? (*dah tu, ko tak berusaha... nak berjaya celah mana... crazy).

Biler tgk kejayaan org2 kafir ni kan... Penah tak kamu fikir...... Org-org kafir, berjaya kat dunia. Tapi kat akhirat nanti tempat mereka di neraka. So, bior ahh dierang nak hepi skrg, nnt kat akhirat baru dierang tau nasib derang. Tapi itu citer org kafir. Mcmn plak dgn org yang mengaku Islam di dunia ni.... Tapi tak ikut suruhan Allah, dan hidup dierang pun biasa2 je. Tak ada pangkat. Takde kekayaan. Kebijaksaan pun ala-ala jek. Dah la tak glamer plak tuh. Pendek kata, hidup dia kat dunia tak la sehebat org2 kafir yang berjaya tu. Takat gitu-gitu jek.

Kemudian di akhirat nanti, org Islam yang kategori 'ala2' tu nanti, oleh sebab dia tak ikut suruhan Allah, dia pun masuk neraka. Maka, jadi la dia sebagai sebahagian daripada orang-orang yang RUGI dan MALANG tapi PADAN MUKA. Sbb kat dunia pun ala kadar je, tak la dpt nikmat hidup apa sgt pon dan kat akhirat plak masuk neraka. So, mmg malang ler. Org-org kafir, paling tidak pon, dierang dah rasa nikmat syurga di dunia. So, penah la jugak dierang merasa kehebatan hidup di dunia. Tapi kalo golongan org-org yang tak merasa syurga dunia pastu ingkar plak tuh... Dua-dua dia tak dpt..... Mmg ader jgk saya penah dgr, org Islam, walau jahat mcmn pun, last skali masuk syurga gak... Tapi takkan sajer2 nak tempah neraka jgk kalo dah tau cara ke syurga? Nak keja mudah je ke? Betul ke mampu nak tanggung siksa neraka? Tahu ke tidak neraka tu mcmn siksaan nyer? Api yang membakar je ke? Panasnya sama ke mcm api kat dunia ni?[sekali lagi saya jelaskan, saya menasihati diri saya lebih dari saya menasihati org lain.]. Blog ni takder niat pun nak mengata orang. Semuanya utk diri saya sendiri je. Jadi, kalau ader sesiapa yang terasa mcm "eh, dia ni tgh perli aku kot..", itu maksudnyer, perasaan ko jek. ngehngeh.

Sehingga peranggan di atas, saya pasti kamu semua faham dgn apa yang cuba saya sampaikan. Kiter cuba nilai diri kita hari ni. Saya pasti hidup kiter semua, terutamanya org Melayu yang Islam ni, setakat berada di kategori 'sederhana' sahaja kan? Hidup setakat cukup, ader umah, ader keta, ader anak, family dan kawan2, then dah cukup lah. Kan dlm Islam mengajar kiter hidup sederhana? Betul.... Tapi amal ibadat pon takkan sederhana jgk. Kadang2 siap kurang lagi. Boleh ke macam tu? Jom la.. [Bukan *Joomla! ye ... hehehe]. Jom la kita sama2 elakkan diri kita daripada termasuk dlm golongan 'org-org yang RUGI, MALANG dan PADAN MUKA' tu. Ok? Mula la perlahan-lahan dari sekarang. Kalo tidak skrg, biler lagi? Takkan nak tunggu mati accident dulu baru nak start? Kekekeke....

Akhir skali, sebelum merundur, "Peace, no war", bak kata Cikgu Arsyad saya. [sbb dia pun amik kata-kata Wahid dlm rancangan Melodi. Hehehe... ]


*•Joomla! is a content management system platform for publishing content on the World Wide Web and intranets as well as a Model–view–controller ...

Arahan Boss!!

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini...


Baru jek nak ushar2 idea baru utk dimuatnaikkan ke blog ini untuk dijadikan bahan syok sendiri saya... Tetiba boss saya dah beri arahan, "Salida, kena balik skrg, kalo balik lambat, nnt saya potong markah PCMS tahun ni". "Hiiiii... Baiklah boss.... Saya yang menurut perintah". Maka, saya nak balik dah ni... Jgn jeles saya dpt boss baik. Weehuuu....

Betul Ke Ni ???!!

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini....

Sahabat, post kali ini, saya berharap kita sama2 boleh fikir dgn mendalam.

Satu waktu dulu, En StormPong penah bertanya kepada saya diawal perkenalan kami dulu....

En StormPong : Boleh saya tanya awak sesuatu?
Saya : Boleh. Tanyer jek la.

~ Dlm hati dah nervous ni... Kang dia tanya 'will u marry me' kang... canner aku nak jwb. Aku dah ler tak kenal dia sgt masa tu. Huhu....

En StormPong : Kalau org tanya awak, apa agama awak, apa jwpn awak?

~ Fuhhh... Ingatkan nak tanya apa tadi. Eleh.. Soalan ni, kacang jek nak jawab. Tu pon lagi mau tanya ke En StormPong.

Saya : Oh... Dah tentu la Islam En StormPong. Apsal tanya?
En StormPong : Ok, kalau org tanya awak... apa maksud AGAMA?

Saya : Agama tu, pegangan, kepercayaan atau CARA HIDUP. Betul tak? Betul kannnnnnn???
En StormPong : Ok.. Betul la tuh. Then kalo sebut pasal cara hidup, dlm bahasa Inggeris dipanggil apa?

~ Aii... Byk plak tanya dia ni...

Saya : Mungkin 'Way Of Life'.
En StormPong : Jadi, skrg ni.... kalo org tanya awk, "what is your way of life?", tentu dgn mudah awak jawab "Islam" kan??? Tapi..... Betul ke cara hidup awak, 100% mengikut cara hidup Islam...

~ Saat itu, ntah dari mana datang, tetiba saya rasa mcm ader kulit durian kat kerongkong saya.


Selama ni, kiter hidup dan mengaku kiter beragama Islam. Cukupkah keIslaman kiter hanya dgn mengaku "saya beriman" tapi separuh cara hidup mengikut gaya hidup org bukan Islam? Kalau benar kita Islam, sudahkah kiter mengikut manual kehidupan yang dianugerahkan Allah kepada kiter sebagai rujukan utama SEPENUHNYA? Tak dpt tangkap maksud saya? Ayat senangnya.... Sudahkah kiter merujuk Al-Quran sebagai panduan hidup kiter? Jgn tak mengaku.... Kiter hanya ambil separuh jek kan? Kiter hanya amik yg mana kiter rasa kiter rajin nak ikut je kan? *Saya mengingatkan diri saya lebih dari mengingatkan pembaca sekalian. :)

Kata-kata En StormPong selepas itu lebih menginsafkan saya....
Katanya, "Kalau awk hilang kawan, boleh tak awk hidup lagi?,
Kalau awak hilang kekasih, boleh tak awk bernafas lagi?,
Kalau adik-beradik awak pulaukan awak, boleh tak awk hidup lagi?,
Kalau mak abah awk buang awk, boleh tak awk teruskan hidup?......"

Saya sungguh terkedu. Jwpn saya "errr... tak boleh kot. Saya mana bleh hidup sorang2."

En StormPong sambung lagi... "Ooooo.... Tak boleh yer.... Ok, kalo hilang kawan, boleh tak awk cari kawan baru? Mesti boleh kan? Cari kekasih baru? Pon boleh kan? Kalau family pulaukan awk, awk cari le adik-beradik angkat dan kalo mak abah buang awak, carik le mak abah angkat, kalo derhaka pada mak abah, kena halau dari umah jek. Tapi masih boleh cari umah lain. Tumpang umah kwn2 ker... Betul tak? ..."

"Tapi... cuba awk bygkan.... Awk derhaka pada Allah, Allah yang buang awak. Allah benci awk. Allah halau awk dari bumi-Nya. Mana awk nak pergi? Nak lari manaaaaa??!!! ~tetiba En StormPong meninggikan suara di ayat terakhir tu, sebab dia naik syehhh... hehehe.. acoh jek...

Sahabat2ku.... Saya menyeru dgn sedalam hati saya..... Ayuhlah kiter... Ayuh la ke mana? hehehehehehe... Ayuh lah kiter kembali kepada jalan Allah. Kalau arak sudah dianggap perkara 'biasakk arr tu..Wa moden beb..", kalau berita meragut/mencuri/merompak dah jadi isi kandungan tetap dalam akhbar, kalau berzina dah jadi perkara remeh dan dijadikan bisnes mcm bisnes kedai makan, berjudi dianggap halal dan buang anak dah dijadikan trend... Sedarkah kiter bahawa kiter semakin jauh dari Maha Pencipta? Nak ke taknak? Erm... Lu pikir la sendiri.

Sekian.

17 April 2010

Cerita Tentang Ikhlas 2 : Ikhlaskah Kita?

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini.....

Ader sahabat yang bertanya saya "Ko cerita hal ko kat dlm blog tu, nnt semua org bleh tau la yer? Ko boleh ek, kalo semua org tau hal ko? Kalo aku... takleh..."....

Jwpn saya... Kisah yang saya kongsikan di blog ini, niat utamanya bukan semata-mata untuk pembaca semua memfokuskan kepada kisah peribadi saya tu. Tetapi saya lebih suka jika pembaca semua ambil pelajaran dan pengajaran terhadap kesan kisah yang saya ceritakan tu. (Kalo ader la kan... hehehe... ). Lagipun, bagi saya, selagi saya tidak mendedahkan nama sesiapa, dan saya tidak memburukkan sesiapa pun dah cukup. Kisah peribadi saya yang saya tuliskan di sini, jgn dijadikan senjata untuk menilai diri saya sepenuhnya. Tu semua hanya sebahagian diri saya. Ok... Maaf, saya syok sendiri plak citer pasal perasaan saya. Haaa... tu la.. jangan start biar aku bermain dgn emosi. Nanti emosi aku bleh melarat....

Kisah keihklasan saya yang seterusnya, berlaku dalam bulan Mac 2010. Tarikhnyer saya tak ingat. Sbb saya mmg ader masalah nak mengingati tarikh. Lalala. Hari Selasa. Saya dpt SMS daripada anak buah saya di kampung dgn ayatnyer lebih kurang begini "Moksu, aki accident. Jatuh moto. Mak kata, byk darah keluar. ". [Aki = Abah saya kat kampung. Moksu = Panggilan anak2 buah saya utk saya, yg sbnrnya 'maksu'. Mak = Mak kepada anak buah saya, iaitu kakak saya. Ko = Dlm hati 'ader aku kisah panggilan2 family ko Lyd??!!']

Waktu saya terima SMS tu dah petang buta. Dah nak maghrib. Saya call adik-beradik saya yang ader di Kuantan [my home town yawwhhh] utk mendapatkan berita terkini tentang keadaan abah saya. Saya dpt tau, biler dia accident, dia terus tak sedarkan diri, dan dimasukkan ke wad ICU. Sampai kul 11++ mlm baru keluar dari wad ICU.

Sebagai anak... adalah sgt tidak normal jika saya tidak merasa risau dgn berita tersebut. Saya dah menggelupur nak balik kampung ni. Pastu, dan-dan tu jugak saya send sms romantik kat bos saya dgn harapan dia cair dgn pujuk rayu saya. Ayatnyer lebih kurang mcm ni "En Zul, maaf ganggu en Zul mlm² ni. Saya nak balik kg esok pagi. Sbb abah saya accident, masuk ICU. Maaf En Zul, saya asyik EL je bulan ni. Minggu lepas saya EL sbb keta saya rosak. Saya rasa bersalah plak". Pastu nampak gayanyer bos saya dah tergoda dgn sms romantik saya tuh.. Sbb dia jawab "ok". Hehehe.. Punyer ler panjang saya citer, dia OK je. Erm, tapi takper la... Asalkan bos benarkan, saya dah lega. [kwn², TOLONG jgn promote blog ni kpd bos saya. Kang dia nganjeng* saya].

Pagi esoknyer, saya drive balik kampung. Dgn kereta tak servisnya. Balance gaji saya dlm Maybank plak mmg saya dah bajet untuk perbelanjaan sampai dpt gaji bulan depan. Dan tidak termasuk balik kampung dgn kenderaan sendiri. Sbb saya baru jek balik kampung minggu sebelum tuh. Tapi saya lapangkan hati, hanya berserah. Biar la bajet saya berubah skit bulan ni. Dan hati saya AMAT yakin yang Allah akan beri kebaikan kepada saya kerana saya balik kampung demi abah saya. Untuk tunaikan tanggungjawab sbg seorang anak. Hiii... Poyo jek.

Saya kembali ke KL setelah 5 hari di kampung. Semuanya beransur pulih. Abah dah kuar spital. Saya dah gi keja seperti biasa.

Macam biasa le.. Biler bajet dah lari, [atau pun dlm bahasa inggerisnyer disebut 'runaway budget', heheh.. sorry terbuat lawak cacat] saya pun mula la berdebar. Otak pon dah mula fikir macam². Time dah sempit, baru nak ingat nak buat kuih, nak jual. Kuih plak mula la kuar jenis2 kuih yang pelik², kononnyer nak lain dari yang lain supaya laku. Saya bygkan nak buat kuih ala² karipap tapi inti dia saya nak letak 3 jenis inti. Gigit kali pertama inti sardin, kali kedua inti kari kentang dan kali ketiga inti sambal ikan. Perghh.. mesti laris. Pastu bisnes saya maju. Ramai org tempah dgn saya. Then saya bleh jual sampai peringkat antarabangsa.. huhh.. masa tu, saya kaya... Saya bleh beli sepuluh unit Peugeot 306... hohoho... Bestnyer berangan. Tapi tak buat pon. Saya hanya bertahan je.

Seminggu selepas itu, saya dpt panggilan telefon dari no fix line TM. No ofis kot. Pemanggilnya memperkenalkan diri dia sebagai Mr Loh. [Ok lohhhhhh...]. Dia kata, 'Cik Nor Salida, you won the Grand Prize for Counting Gold Ingots Contest'. Saya masa tu, macam...erkkk... Huh????!!! Are you sure?? ... dan Mr Loh dah meyakinkan saya, bhw mmg saya menang peraduan kira bongkah emas yang dianjurkan oleh The Mall sempena Tahun Baru Cina 2010. Tahun Harimau... Aummmm..... Hadiahnya ialah TV LCD 32" Viera Panasonic. Ngeh...ngeh...ngeh... Lepas jek letak tepon, (actually, lipat tepon. Sbb hp saya jenis flip..ngeee) saya terus bangun dari kerusi dan buat tarian 'pusing mesin buat laksa trasional' sambil nyanyi 'I got a new TV... I got a new TV'... Saksi kejadian : Ummi. [peace].

Dan TV tu aku jual kat ofismate aku, sebab aku dah ader TV kat umah. Dan aku lebih perlukan wanggggggg ringit drpd perkara² lagho** tu. Ceh..

Jadi, kamu semua pun dah nampak buktinyer kan? Kalo kita buat kebaikan dgn ikhlas, walaupun terpaksa menggunakan your last dime pun(duit seposen terakhir yang ko ader) ....mesti Tuhan akan gantikan balik dgn ganjaran yang lebih besar. Percaya la. Ganjaran yang saya terima, mungkin ganjaran yang nampak. Ader byk lagi keikhlasan saya atau keikhlasan anda yang dibalas dgn perkara² lain yang susah nak diceritakan. Yang penting..... Janji Allah itu pasti.

Maksud :
*nganjeng = mengejek dgn niat nak bergurau
*lagho = perkara² tidak bermanfaat.(ini adalah maksud perkataan dgn bahasa lembut. Bahasa kasarnyer, takperlu dinyatakan la yer... )

15 April 2010

Cerita Tentang Ikhlas 1 : Ikhlaskah Kita?

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca post ini....

Saya ada kisah menarik tentang ikhlas. Peristiwa yang benar² terjadi kepada saya, bukan kepada Pakcik Baharom, jiran seblah umah saya. Sebelum saya start citer, kisah saya yang mmg best giler syok sendiri tu, saya nak kongsi dulu tentang diri saya. (Saya ni sebenornyer mmg suka dgn publisiti. Kekeke.. Cencadangnyer nak jadi anchor woman kat Buletin Utama... Erm... Tapi... hemo² je la.. Dah kertu dah aku nak pegi audition kalo ye pon).

Saya ni, bukan org senang. Org biasa² jek. Duit gaji pun biasanya cukup² makan jek. Kdg² hujung bulan, saya dah jatuh miskin. Nak tunggu gaji masuk dlm 2,3 hari tu... adehh.... rasa cam nak putus tali perut. Sbb dah sengkek giler. Tapi walau canner pun, saya bersabor jek. Kan Allah dah kata... "Jadikan sabar dan solat itu sebagai penolongmu".

Ader skali tu... Waktu ni saya dah papa kedana, miskin hina, kajang pak malau kajang berlipat semua ader. Gaji akan dtg plak ader la dlm seminggu lagi nak dpt. Masa tu, duit saya dlm purse kulit kerbau yang dihadiahkan oleh hantu raya hanya tinggal semilan ringgit sahaje. Kalo saper tak paham, semilan tu bersamaan dgn = RM9. Fuh... Fiuhh... Fuih... Buat le mcm2 bunyi pun, takdernyer duit nak dtg secara magik dlm purse tu. Saya pun tak tau nak wat canner dah sebenarnya masa tu. Mintak dgn hantu raya pun, dia pun lebih kurang sengkeknyer macam saya masa tu. So, tak dpt gak nak pau duit dia. Korang tolong la imejin betapa sengkeknyer saya waktu tu. Tapi saya still maintain cool wp airmuka dah jadik keroh sampai kwn² yg seblah2 workstation saya dah boring tgk muka saya. heheh...

Saya ingat lagi. Masa tu waktu ofis. Saya tgh syok² wat keja dgn mulut muncung, tetiba ader plak sorang ofismate dtg kat saya dgn Tabung Derma Kilat. Nak kutip derma. Sbb ader salah sorang staff kat organisasi saya kerja ni, meninggal donia. Akak yg dtg kutip derma tu ckp "derma la. skit2 pun takper. Nak uruskan jenazah ni perlu duit yang byk".

Dlm hati saya terus terdetik, sayu dan rasa sedih sgt sebab saya setuju dgn kata2 akak tu. Cuma, masa tu, saya dah tak mampu. Tapi saya tetap nak memberi sumbangan. Jadi, dgn RM9 tu, saya bajet, RM3 utk bayar parking balik nnt, RM1 utk beli roti dan saya berikan RM5 dgn sepenuh niat ingin membantu meringankan beban keluarga si peninggal dunia. Waktu tu, yang ada dlm fikiran saya hanya saya serahkan nasib saya kepada Allah dan saya yakin akan dtg kebaikan utk saya dimasa akan dtg.

Balik petang tu, saya teruskan hidup seperti yang dirancang.... Byr parking... Balik umah. Beli roti. Sampai kat umah, biler lapar, melantak apa2 je stok yang ader kat umah. Dgn stok makanan horsemate (housemate) saya skali saya makan. Aper daaa gelojoh Lyd ni.....

Esoknyer... Saya pegi ofis... Dgn hati yang masih berserah, sambil memikirkan kat mana lagi saya nak dpt duit. (Actually, saya ader la akaun simpanan Tabung Haji. Tapi takmo la sampai nak kena kuar duit kat situ.). Waktu rehat tu, saya dah buat keputusan utk kuarkan duit dari simpanan saya... dah berkira2 nak pegi Tabung Haji (Kalo utk pompuan seperti saya... dipanggil Tabung Hajah), saya singgah kat ATM ... Ntah apsal... saya tergerak hati nak check balance akaun Public Bank saya. Pdhalnyer... akaun ni, mmg saya takder buat transaksi apa2 pun. Sbb gaji saya masuk dlm akaun Maybank. Sepatutnya balance ader RM10. Tetiba saya tgk, baki akaun saya ada RM377. ????? Mana dtg??? Mmg saya buat Hire Purchase kereta saya dgn Public Bank. Dan amaun bulanan yg saya perlu bayar pun RM377. Saya sangkakan, ni mesti duit keta yg saya bayar tp kena reject.

Saya masih lagi tak puas hati, saya call Public Bank Call Centre. Saya tanya balance Hire Purchase saya ader tunggakan tak, dan jawapannya 'Takder'. Ermm... Pelik kan? Mana dtg? Saya tak check plak kat Public Bank utk dptkan kepastian. Sbb malas nak kuar dr bangunan tu. Sbb takut kena panas.. Nanti hitam kulit saya. Kehehehe... (Biler masanyer plak aku penah putih???!!! Hahaha). Alasan je tak abih2.

Sahabat2 ku... Tak kisah la dari mana pun dtgnyer duit tu. Tapi... Point saya kat sini.... Pemberian yg ikhlas... Tentu ada ganjarannya... Yang penting, yakin pada Allah yang memberi rezeki. Nnt saya citerkan kisah keikhlasan yang kedua pula. Ingatkan nak sumbat skali dlm post ni... Tapi mcm dah panjang betul ni... berpinar bijik mata ko kang kalo baca panjang2 sgt. Hihihi.. Peace..

13 April 2010

Tips Menangani Putus Cinta : Cara-cara Melupakan Kekasih Curang

Manusia…… . Tak kira, laki ke pompuan. Perangai kalo dah busuk hati + jahat + pentingkan diri sendiri, mmg akan sanggup buat bodo je walaupun dah buat salah. Masa nak puaskan hati sendiri, hati org lain nak jaga buat apa kan? Takyah nak peduli dah kalo pihak seblah sana nak merana ke, nak tikam perut dgn pisau ke, nak mkn hati sampai tahap jumpa psikiatris ke, janji diri sendiri gumbira bagaikan di sorga cukuplah. Org lain bleh blah.

Mungkin korang yang baca post ni penah alami kegagalan bercinta, atau mungkin juga tak. Saper yang penah alami dan penah terluka…. Erm… Sabo yek… Ramai lagi kat luar sana yang senasib dgn anda. Yang tak penah alami plak… perghh… mmg aku jeles la dgn ko. Sbb tak penah rasa kesakitan tu. Kalo takyah rasa terus seumur hidup pon takper. Tak best pon putus cinta ni. Rasa mcm ice blended perisa kumbang. Euuwww… Huh!
Ok… Takyah la aku nak buat sinetron plak kat sini ye tak? Elok aku straight to the points jek. Aku kat sini, kekononnyer nak jadi penyelamat bagi org² yang putus cinta. Padahal diri sendiri pon hancho. Heh heh. Niat aku cuma nak kongsi tips dan cara yang dah penah aku lalui utk melupakan ‘cinta yang menyakitkan hati’, melepaskan ‘org yang dah pedajal kita dgn muka seolah-olah tak penah buat apa² kesalahan pun kat kita’ dan cara nak bangkit semula selepas jatuh terpeleot. Chey wah… mcm bagus jek kan? Jadi, bagi topic percintaan ni, bleh la yu oll panggil ai… erm… ‘Cik Love Bajet Bagoss’ (CLBB). Kehkeh.

Mula² skali, aku nak bgtau kat korang yang putus cinta ni…. Sebenarnya, putus cinta bukanlah perkara besar pun dlm hidup kita. Betul ni. Aku tak tipu. Aku tau la… Sbb aku dah lalui byk kali. Perasaan ‘mcm nak mati sgt² masa putus cinta’ yang korang rasa tu hanya sementara jek. Yes! Sementara. Believe me. Maksud aku, selagi korang berusaha nak lepaskan semua cerita duka tu, mmg ko boleh bangkit semula. Ader byk cara yang korang bleh buat untuk melupakan bekas kekasih yang berperangai durjana. Erm. Nak tau? Sila tabahkan hati membaca senarai yang panjang kat bawah ni yer? Hehehe…. Kalo boring, berenti dulu, karang² skit, bleh sambung balik. Yeahhh….

Langkah² Untuk Melupakan Kekasih Yang Jahat Dengan Bergayanya;

1. Sila Setkan Dalam Minda Bahawa Dia Tu Manusia Biasa, Tak Mulia Pun.
- Oleh sbb ko syg sgt kat dia, maka ko rasa dia la org yg paling best dlm dunia ni. Padahal kalo ko fikir dgn fungsi otak yang betul, dia tu manusia biasa je. Tuhan jadikan dia. Tuhan jadikan ko. Tuhan jadikan org lain. Sama je. Manusia biasa. Malah, kalo dia jahat, dia hina di sisi Allah.
- Anggap la macam ni, contohnye nama dia Takuya, ko fikir la mcm ni; “kalo Tuhan jadikan Takuya ni begitu best, takkan Dia ciptakan org yang best macam ni sorang je?”. Well, yang Dia ciptakan satu-satunya unik dan terbaik, hanya Rasullullah je. So, mesti ader lagi ciptaan Allah yang diciptakan-Nya lebih best dari ex-lover ko tuh. Pastiiiiiiii….. (Sebutkan perkataan ini dgn yakin, sambil genggam tangan dan jari telunjuk menghala ke atas. Hahaha..)

2. Remove, Semua Perkara Tentang Dia. Diulang. SEMUA.
- Haa… Time ni, mmg la agak ketidak-matangan skit. Tapi bior le org nak ckp apa pon. Bkn dierang yang nak lupakan, tp ko. Bkn dierang yang kecewa, tp ko.
- Delete semua email, SMS dan MMS yang dia penah sent. Delete skali profile dia dari friendlist ko kat Facebook, Twitter, My Space, Friendster dan perkara² sewaktu dgnnya. Dan account dia dari YM atau apa² laman sembang yang ko penah add dia… REMOVE. Jgn Ambik tau apa² dah tentang dia walaupun ko rasa cam menggelupur nak tau apa dia buat, mcmn keadaan dia skrg, bla, bla, bla. Tak perlu tau. Biar dia pegi. Sbb kalo ko nk tau hakikat kebenaran, dia sikit pun tak hingat kat ko. Sorry la yer kalo kecewa. Tapi itu kebenaran.
- Gmbr dia pon delete. Kalo printed photos, sila koyakkan dan bakar gmbr² tersebut. Barulah dramatic kisah percintaan korang tuh. Brg² yg dia bagi, pun bleh buang atau bagi org lain. Kalo pulangkan kt dia, nampak mcm jiwa luka sgt kan? Kita kan nak lupakan dia dgn bergayanya. So, pura² jek strong. Walaupun dlm hati, bagai digergaji.
- Lakukan semua yang disenaraikan tu, tanpa rasa berat hati.

3. Kalau Nak Cara Kejam : Anggap Je Dia Dah Terbunuh.
- Anggap jela dia terbunuh sbb kemalangan jalanraya ke, kena tikam ke, kena penyakit tibi ke. Anggap jek dia dah mati. Kalo bleh, sedekahkan bacaan Surah Yasiin kat dia, demi utk puaskan hati ko sendiri. Kalo ternampak dia kat mana², sila anggap itu hanya roh dia yg tak tenteram sbb buat dajal kat ko dan nak mintak maaf dgn ko. Kekeke..

4. Senaraikan Semua Keburukan Yang Dia Ader. Diulang. SEMUA.
- Kalau dulu masa dgn dia, ko bleh jek terima kekurangan dia yang banyak tu, so skrg, sila senaraikan semua keburukan tu. Tak kira yang kecik ke, besar ke, senaraikan je semua. Bau badan busuk? Tak cuci kuku? Tak semayang? Pemalas? Bangun pagi kul 4 ptg? Perut boroi? Suka makan kt kedai cina? Erm.. Letak je.. Senaraikan je semua. Ingat… Yang buruk je tawwww… Yang baik² lupakan jek. Then dah senaraikan tu, cubalah la berperasaan jijik kat dia. Anggap la dia keji, hina, tak guna, tak berbaloi dan tak der pekdah utk dikenang.


5. Jangan Expose Diri Anda Atau Perkembangan Terkini Anda Kepada Dia. NEVER.
- Jangan nak contact dia lagi lepas dah break tu. Takyah la nak jaja cerita sendiri utk kasi dia rasa saham dia makin tinggi. Pendek kata, takyah nak buat dia bangga konon²nyer ko termasuk dlm senarai bekas² kekasih dia yang takleh lupakan dia lepas dah break. Wasting time. Jgn buat aktiviti yang ader kemungkinan dia akan tau. Kalo bleh nyuruk, biar ko terus hilang dari hidup dia. Sebab apa? Erm.. sebab… biler ko expose diri ko kat dia, then dia buat tak tau je… nnt ko yg rasa down kan? So, akan menambah jiwa luka jek. So, lebih baik korang back off jek. Senang citer.

6. Maafkan, Lepaskan dan Lupakan Dia (Terima Jek La Hakikat)
- Ckp mmg le senang. Nk execute, rasa cam susah gilers. Tp takper… Mmg amik masa. Yang penting ko sendiri kena cuba nak lepaskan org tu. Sudah² la. Dah abih tu habis je la. Kalo ko tak maafkan dia, hati ko jgk yg makin sakit. Kalo ko tak lepaskan dia, ko jgk yang rasa tak tenteram. Dan kalo ko tak lupakan dia, saper lagi nak lupakan dia? Dia pun dah lupakan ko, takkan ko nak jatuhkan airmuka ko utk kenang dia.. please la… Terima je hakikat yang ko dgn dia tak sesuai pun.

7. Buat Hal Sendiri, Bahagiakan Hati Sendiri, Hargai Orang² Sekeliling.
- Bagi yg pompuan, kalo reti buat cookies, buat le cookies. Kalo reti buat kek, buat kek byk². Kalo reti jahit manik sila la jahit manik kat semua baju ko yg ader, termasuk baju kelawar yg ko bwk tido tu.
- Bagi yg lelaki plak, (ermm lelaki biasanyer strong skit kot), bwk² le belajar panjat pokok kepala, petik buah kelapa ke, pegi bungee jumping ke, belajar buat serunding ke, main kemre ke atau apa² je la. Pendek kata, ko buat je apa² je yang baru, yg ko tak penah buat dgn dia. Cuba perkara baru supaya ko tak terkenang memori daun pisang antara ko dgn dia.
- Kalo dulu, ko jenis yg muka kerek, jumpa org yg tak kenal tak tegur, now, sila la bukakan hati utk tgk org² sekeliling. Mula senyum dulu pada org lain. Nnt biler org lain senyum balik kat ko, ko akan rasa semakin hepi. Cayo la ckp den. Ego dan sombong tu, buang jek la jauh². Takder pekdah pon simpan. Lebih kurang maksudnya macam ‘buang tebiat in a positive way’ la… hahaha….

8. Cara Terbaik : Dekatkan Diri Dengan Agama
- Yang ni, semua org pun mesti tak nafikan. Sebenarnya cara ni la cara yang terbaik pon. Rajin-rajin beribadah. Cuba ambik Al-Quran atas almari yg dah berhabuk tu, baca. Kalau kat umah ada terjemahan Al-Quran, sila baca juga. Cuba fikir apa maksud ayat² Allah yang terkandung dlm tu. Cuba fikir kenapa Allah jadikan kita dan untuk apa kita diuji. Cari. Jawapannya semua ada di dalam Al-Quran.

So, itu je la… Entry ni, panjang. Biasa la… Aku kalo dah mengarang, mesti mengarang dgn penuh tekun dan dtg dari hati yang paling dalam. Sbb tu la keluar mcm² ayat dalam ni. Cara² kat atas ni, yang mana boleh pakai, pakai. Yang ko rasa mengarut, sila abaikan je yer… Ader byk lagi cara. Tapi cuma yg ni aku teringat masa taip entry ni. Sesiapa yang ader idea, bleh tambah kat 'comment'. Sama2 kongsi pendapat. Semoga kita semua terus tabah dgn apa jua bala bencana yang dihadapkan utk kita. Senyum dari Salida Sunshine. 

Yang Ini Juga Menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...