Skip to main content

Malaysia Boleh Siri 2

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini.....

Rakyat Malaysia ni mmg kaya dgn sikap berkompromi. Kompromi yang terlampau sampai jadi 'kompromi tak bertempat'. Sebelum ni, biler taik-taik judi asyik berjudi secara haram, maka kerajaan bersedia mengeluarkan lesen judi supaya taik-taik judi tadi dapat berjudi secara halal. Baik kan kerajaan ni? Susah nak cari. Ini salah satu contoh tolak ansur kerajaan Malaysia yang memang prihatin dalam 'membangunkan' moraliti rakyat Malaysia yang 'sungguh' maju ke depan ni. [Contoh kemajuan rakyat Malaysia : Dalam Malaysia's Book Of Record kebanyakan rekod² yang dicipta oleh rakyat Malaysia hanya berkaitan dgn 'yang terpanjang', 'yang tertinggi', 'yang terbesar' dan yang 'ter-ter' je. Pendek kata, rekod yang tak berkualiti. Yang hanya perlukan duit tapi tak perlukan kerumitan, cabaran atau latihan. Tu la yg dibangga-banggakan sgt. Opps... Sorry... 'Ter'kutuk plak.]

Dan tolak ansur yang terbaru hasil daripada 'budi bicara' kerajaan Malaysia ialah.... Pusat Jagaan untuk menempatkan bayi-bayi terbuang. Kekekeke... Cool dowh... Kalo difikirkan secara positif, memang la bagus. Sekurang-kurangnya, nasib bayi-bayi malang tu terbela, ada tempat berteduh. Tapi kalo difikirkan guna akal, bayi-bayi yang dibuang tu asal usulnya confirm adalah anak luar nikah. Betul tak? Ader ke org yang dah kawen secara sah, kemudian mengandung dan dapat anak, pastu sajer² je nak gi buang anak dia dlm tong sampah? Ader ke org mcm tu? Takder kan? Kalau miskin sgt pon, mesti dia akan beri anak tu untuk org lain jaga. Dah tu, dah sah-sah la anak² yang dibuang tu anak luar nikah kan? Abih tu.... Takkan la pihak berwajib ni pendek akal betul. Hanya fikir nak selesaikan masalah pembuangan bayi je, tapi punca terjadinya bayi-bayi tu, tanak fikir?

Dierang ni seolah-olah macam ni, dah tau rumah nak roboh sebab semua tiang dimakan anai-anai, tapi tak berusaha pun nak baiki tiang, tapi sibuk nak buat tingkap baru kat umah tu, supaya senang nak terjun kalo rumah runtuh. Kan bongok namanya.

Aku tak kata aku baik sungguh. Tapi kalo pemimpin kita nak perintah negara ni ikut perintah Allah, aku akan mengangkat tangan tanda bersetuju. Nanti ader plak yang tanya, nak ikut perintah Allah mcmn lagi? "I dah ikut dah yang mana I rasa sesuai dgn jiwa I, k? Walaupun I tak sembahyang, tapi I puasa, okay?".

Ikut perintah Allah bermaksud, jadikan Al-Quran itu sebagai rujukan, pedoman, petunjuk dan rahmat dalam kehidupan seharian. Mesti manusia rasa susah kan?
Tapi Allah kata "Kami tidak menurunkan Al-Quran ini kepadamu supaya kamu menjadi susah" ~ Surah Thoha, Ayat 2.
Jadi, takkan la Allah berbohong? Allah yang Maha Agung, tentu lebih mengetahui apa yang dikatakan-Nya di dalam Al-Quran kan?

Jadi bagaimana? Malaysia Boleh? Islam Hadhari? 1 Malaysia? Erm.... Tak berani nak jawab.
*Ni agak-agaknya kalo pemimpin kerajaan baca blog aku ni, aku bleh kena tangkap, masuk ISA tak korang rasa? Huhu.... Tapi takper la... Biar je la. Aku cuma ckp pendapat aku je.

Comments

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w

Panggilan Manja Geli-geli Sewaktu Bercinta

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Pernah bercinta kan? Bleh tanya skit? Kamu panggil pasangan kamu dengan panggilan apa? Nama dia? Atau nick name mcm 'Bunny', 'Cutie', atau 'si comel' atau 'handsome'? Hehehe... Best kan bercinta ni. Sebab boleh tergedik-gedik dan ada orang layan. [Owhh..miang nya statement ku ini....] Ada banyak panggilan-panggilan manja untuk pasangan-pasangan bercinta. Dan semuanya terpulang la kepada tahap gedik dan miang masing-masing kan? Ok, meh la baca apa benda yang aku merepek tentang panggilan-panggilan manja ni; 1. Sayang - Panggilan yang paling tipikal dan paling banyak orang guna utk panggil pasangan mereka. Kadang2 kalo orang melatah pun, panggil kita sayang gak kalo kita dah buat dia terkejut. Kehkeh... Tapi best je kalo org panggil kita sayang. Rasa mcm lembut dan disayangi... Tahap gedik : 80% 2. Ayang - Ni lebih kurang mcm panggilan 'sayang' gak, cuma dlm versi pelat dan lebih manja lagi. Saya