Skip to main content

Cantik Ke?? Banyak Cantik..

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini....


Menurut abg saya... Kecantikan paras rupa pompuan ni terbahagi kepada 3;

1. Natural Beauty - Yang paling best la dlm 3-3 kategori ni. Mmg sejak kuar2 dari perut mak, terus dah cun melecun. Biler dah besar, time org lain ader masalah muker berjerawat gajah, dia maintain jek cun. Duit pon jimat jek, sbb takyah nak beli mekap byk2. Sbb mmg dah cantik, takyah mekap pon takder hal. Muka kelat tgh marah pun masih comel. Muka baru bangun tido dgn rambut lunyai pon masih lagi lawa. Kalo buat mimik muka paling buruk pun masih lagi menang kalo nak dibandingkan dgn org muka pecah buat muka paling control cun. Huhh... Sadis...

2. Tak Natural Beauty - Kategori ke-2 ni plak... Masih masuk dlm kategori cantik. Tapi tak naturally cantik la kan... Maksudnyer, dia perlukan banyak effort utk kelihatan cun. Maybe kalo amik gmbr, kena cari angle tertentu je baru nampak cun. Pastu kalo biasanya biler kuar umah dia mekap tebal, org nampak dia mcm Megan Fox, tapi kalo tak mekap muka dia cam Segan Fox.

3. Natural Tak Beauty - Yang ni, buat le apa pon... Mekap tebal ke, suntik vitamin C ke, control cun ke, semua tak efek apa2 pon. Seolah2 mcm tak der apa2 yg berlaku padahal dia dah berusaha keras nak cantik punyer pasal. Dah mandi bunger dgn 77 jenis bunger pun masih gak sama. Beli le mekap MAC ke, MEK ke, Bobbi Brown ke, sorry yer.. tak membantu. Sian plak kat dia.. Waktu ni, elok la ade seseorang yang nasihatkan dia supaya, redha je la dgn wajah kurniaan tuhan. Ngee...


Motifnyer 3 kategori ini di tulis? Sudah tentu la nak bagi motivasi skit. Pompuan ni, tak kira la ko buruk atau cantek canner pon, yang paling menjamin untuk ko disukai org ialah perangai ko jugak. Kalo muka cantik, tapi perangai mcm longkang, org akan menyampah gak kat ko walaupun tidak secara otometik, tapi secara manual org akan rasa 'cam nak lempang jek minah ni'.

Kalo tak berapa cantik, pastu perangai plak buruk, org pandang pon sipi2 jek. Ko ader ke takder, sama jek. Tak efek apa2 pun dlm hidup org lain. Tapi aku ader 1 peribahasa yang aku cipta bersama 'horsemate' aku.... "Kecantikan adalah milik org-org yang rajin". Kekeke.. Takder kena-mengena dgn topik ni.

Dan yang paling busuk skali, kalo rupa dah ler tak seberapa...[i mean, the very the tak cun la], pastu perangai plak mcm bangkai kapal terbang yang terhempas masa zaman Jepun dulu... Huhh... Mmg membencikan la kalo gitu. Nanti org akan kata 'Wei, ko ni rupa dah la huduh...perangai plak nauzubillah..... "

Jadi, tak kira ko termasuk dlm kategori mana skali pon, yang penting... kena jaga perangai, jaga akhlak, dan tingkah laku. Bak kata dialog dalam iklan sabun kat TV "pakaian yang kotor boleh dicuci, tapi hati yang suci, sukarrr di cari" [Iklan menyelamatkan anak kucing jatuh longkang].

Huhu...

Comments

  1. Perangai cam bangkai kapal terbang terhempas masa zaman Jepun dulu 2 membencikan ke? aku x tau pong... kek sg lombing jo ado kot...pasal 2 aku x tau huhu...cuba describe dgn lebih lanjut pasai "itu kapal terbang"

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w

Panggilan Manja Geli-geli Sewaktu Bercinta

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Pernah bercinta kan? Bleh tanya skit? Kamu panggil pasangan kamu dengan panggilan apa? Nama dia? Atau nick name mcm 'Bunny', 'Cutie', atau 'si comel' atau 'handsome'? Hehehe... Best kan bercinta ni. Sebab boleh tergedik-gedik dan ada orang layan. [Owhh..miang nya statement ku ini....] Ada banyak panggilan-panggilan manja untuk pasangan-pasangan bercinta. Dan semuanya terpulang la kepada tahap gedik dan miang masing-masing kan? Ok, meh la baca apa benda yang aku merepek tentang panggilan-panggilan manja ni; 1. Sayang - Panggilan yang paling tipikal dan paling banyak orang guna utk panggil pasangan mereka. Kadang2 kalo orang melatah pun, panggil kita sayang gak kalo kita dah buat dia terkejut. Kehkeh... Tapi best je kalo org panggil kita sayang. Rasa mcm lembut dan disayangi... Tahap gedik : 80% 2. Ayang - Ni lebih kurang mcm panggilan 'sayang' gak, cuma dlm versi pelat dan lebih manja lagi. Saya