Skip to main content

Camane Agaknya........

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini.....

Syurga. Saya membayangkan syurga tu ialah satu tempat lapang.... yang indah, semuanya indah. Warna hijau dan putih. Diiringi cahaya terang yang berwarna lembut tetapi redup. [Haaa.. ni kang biler aku citer bab² serius jek, mcm bosan nak baca yer.. hehehe..takper.. tak paksa pon]


Mungkin imaginasi saya tentang syurga ini kerana terpengaruh dgn keadaan syurga seperti digambarkan di dalam Al-Quran, "mereka berehat di atas pelamin-pelamin[berhias], mereka diberi minum khamar asli dari bekas yg bersalut". Di syurga disediakan kebun-kebun dan buah anggur. Mata-mata air dan buah-buahan yg daripada segala jenis yang mereka ingini".

Kalau macam tu, jika syurga adalah seperti yang digambarkan begitu, maka takder la hebat sgt syurga tu ye kan? [Maaf, sila baca sehingga habis tanpa membuat sebarang konklusi di pertengahan karangan ini]. Semua perkara² yang disebutkan ader di syurga tu, ader kat dunia gak kan? Ye la kan... Kalo semua perkara² yang disebutkan ada di syurga tu ader di dunia; Mata² air. Kebun². Buah anggur. Khamar. Jadi apa yang hebatnya? Lebih kurang je sama cam dunia.

Jadi, adakah sebab rasa mcm 'syurga tu biasa² je', maka manusia² yang hidup di muka bumi skrg ni langsung tak heran pon nak kejar syurga di akhirat? Adakah sebab mereka tak feel pun kehebatan dan keagungan syurga? Tak pun derang rasa dunia derang lagi best drpd syurga? Tak tau la plak camane pemikiran org² seperti tu.

Syurga adalah perkara ghaib. Seperti kata en Stormpong, pengetahuan manusia tentang perkara² ghaib seumpama secawan air dari seluruh lautan di dunia ini. Terlalu sikit yg kita tau. Jadi, jgn under-estimate kenikmatan yang Allah janjikan di syurga. Walaupun di dalam Al-Quran, tidak dijelaskan secara terperinci tentang syurga, maka jgn jadikan alasan itu untuk meringan-ringankan usaha ke syurga.[Seperti biasa.... saya menasihati diri saya sendiri lebih drpd saya nasihati org lain]

Kata-kata Allah adalah benar. Pasti benar. Jika Allah dah janjikan syurga itu adalah sebaik-baik tempat, maksudnyer mmg benar begitu. Cuma kita je yg tak diberitakan keadaan sebenar dgn tepat betapa hebatnyer syurga Allah tu.

Kononnyer dunia ni dah cukup hebat kan? Semua canggih2. Teknologi makin berkembang maju. Skrg pon dah keluar mcm2 perkara baru yang kiter tak penah terfikir pun. Contoh macam papan menu yang nampak mcm papan hitam kat skolah, tapi bleh kuar cahaya lampu² blinking. hehehehe... Rendahnyer penilaian aku tentang teknologi. Sorry.. Contohnya mcm satu kenderaan yang bleh berfungsi di udara, di darat dan di dlm air. Teknologi komunikasi yang kalo dulu, nak access internet, slownyer cam siput babis, siap bunyi mcm kera dpt bunger plak tu. Now dah hebat, WiFi dah ader merata². Pendek kata, kalo nak citer pasal teknologi ni, lapan minggu setengah pun tak abih².

Padahal, siapa yang beri ilham kepada para² 'genius' kat seluruh dunia yg maju ni utk cipta bermcm² benda² canggih tu? Dari mana mereka dpt ilmu utk hasilkan teknologi yang hebat² tu? Dari mana? Lagi skali saya tanya... Dari mana?? Adakah sebab dierang masa kecik dulu diberi minum susu EnfaGrow so, dah besar dierang jadi genius? Atau mak dierang minum susu Anmum semasa mengandungkan mereka, maka sel-sel otak mereka saling berhubung? Jwpnnya adalah Allah yg anugerahkan ilham tersebut kepada mereka kan?

Jadi, kesimpulannya senang jek. Kalo dunia kita, yg Allah nilaikan sebagai 'persinggahan sementara bagi manusia sebelum ke alam kekal' ni dah dikira hebat. Maka, tak mungkin Allah jadikan syurga ala 'biasa²' jek kan? Kalo teknologi skrg pun dah maju tak hengat.... Kat syurga, confirm ader bermacam² lagi kehebatan yang tidak mampu dijangkaui oleh pemikiran akal kiter kan? Ntah² bukan setakat kenderaan 3 alam, tapi 20 puluh alam pun ader. Bukan stakat PS3, tapi tahap PS20 pon ader. Best kan? Ingatla... Yg ader skrg kat dunia ni. Hanya apa yang akal manusia mampu fikir sahaja. Tak hebat mana pon. Setakat ader GPS then tak sesat tu, eleh.. seciput je kalo nak dibanding dgn apa yang akal manusia tak dpt fikir...


Heee... Renung² kan.. Dan selamat beramal.
Yang benar;
~ Profesor Lizzy Aji Sally...

Comments

  1. guna GPS pn blh sesat gak...haha... *kawan aku kata la... kui3...punye pjg cite ko GPS jek yg aku nampak huhu

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w

Panggilan Manja Geli-geli Sewaktu Bercinta

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Pernah bercinta kan? Bleh tanya skit? Kamu panggil pasangan kamu dengan panggilan apa? Nama dia? Atau nick name mcm 'Bunny', 'Cutie', atau 'si comel' atau 'handsome'? Hehehe... Best kan bercinta ni. Sebab boleh tergedik-gedik dan ada orang layan. [Owhh..miang nya statement ku ini....] Ada banyak panggilan-panggilan manja untuk pasangan-pasangan bercinta. Dan semuanya terpulang la kepada tahap gedik dan miang masing-masing kan? Ok, meh la baca apa benda yang aku merepek tentang panggilan-panggilan manja ni; 1. Sayang - Panggilan yang paling tipikal dan paling banyak orang guna utk panggil pasangan mereka. Kadang2 kalo orang melatah pun, panggil kita sayang gak kalo kita dah buat dia terkejut. Kehkeh... Tapi best je kalo org panggil kita sayang. Rasa mcm lembut dan disayangi... Tahap gedik : 80% 2. Ayang - Ni lebih kurang mcm panggilan 'sayang' gak, cuma dlm versi pelat dan lebih manja lagi. Saya